Harian Metro

MODEL KEMBARA YAMAHA

- Mohd Razlan Salleh mrazlan@hmetro.com.my Super Cub C125

Hong Leong Yamaha

Motor Sdn Bhd (HLYM) melancarka­n model jentera berkuasa tinggi baharu, Tracer 900 GT, khusus bagi peminat kembara.

Jentera kategori SportTouri­ng kelas pertengaha­n itu dijual pada harga bermula RM58,888 dan bakal menggantik­an model tracer sebelum ini.

Masih mengekalka­n nadi kuasa sama tiga silinder dengan cecair penyejuk bersesaran 873cc, jentera ini dilengkapi teknologi terbaik seperti offset silinder, rod penyambung fracturesp­lit, corong ambilan berkonsep Crossplane.

Model GT bermaksud Gran Turismo adalah jentera dua roda yang sesuai bagi mereka yang gemar mengembara atau tunggangan jarak jauh.

Yamaha Tracer 900 GT ditawarkan dengan dua warna menarik iaitu Kelabu dan Biru Matt.

Motosikal ini juga didatangka­n dengan jaminan setahun atau 10,000 kilometer (km).

Sementara itu, HLYM turut mempamerka­n model YZF-R25 dengan imej lebih segar.

Penampilan model mirip seakan-akan abangnya, YZF-R1 boleh dilihat melalui beberapa perubahan reka bentuk lebih aerodinami­k selain dipertingk­atkan.

Antaranya lampu berteknolo­gi terkini LED pada bahagian hadapan dan belakang.

YZF-R25 baharu turut menerima fork terbalik hadapan manakala monoshock yang ditala semula untuk pengendali­an lebih baik.

Reka bentuk tangki belakang.

Rim tempaan aluminium bersaiz 17 inci dan sistem brek Dual Radial-mount Four Piston serta Sistem Brek Anti-kunci (ABS) untuk tunggangan lebih baik.

Posisi tungangan lebih rendah dan kompak menjadikan tunggangan lebih santai.

Honda CB1100 RS dijual pada harga cadangan RM75,999 (tanpa insurans) boleh didapati dalam dua warna iaitu Darkness Black Metallic dan Mat Beta Silver Metallic. diubah untuk menikmati asas tunggangan motosikal berciri sporty dengan tangki bahan api 14 liter.

Selain itu, panel instrumen unit LCD digital penuh lengkap dengan lampu shift light.

Terdahulu, Super Cub

C100 diperkenal­kan buat kali pertama pada 1958 dan memainkan peranan penting dalam kehidupan sepanjang era berkenaan.

Selepas 60 tahun, ia terus menjadi motosikal paling popular sepanjang masa dengan angka jualan mencecah 100 juta unit di seluruh dunia.

Model paling terkenal itu akhirnya menjengah pasaran tempatan dengan versi baharu Super Cub C125.

Seiring namanya, motosikal ini didatangka­n dengan penyejuk udara bersesaran 125cc dan enjin SOHC empat lejang dengan sistem suntikan bahan api menjana kuasa 6.79kW pada 7,500 rpm manakala tork maksimum 9.98Nm pada 5,000rpm.

Tiada harga diumumkan berikutan model EntryLevel ini dijangka akan dilancarka­n secara rasmi pada Mac depan.

Hanya dua warna ditawarkan iaitu biru dan Merah Matt.

Di sebalik gaya aslinya, Super Cub C125 dilengkapi ciri keselamata­n moden seperti lampu LED dan Sistem Kunci Pintar Honda.

Model ini juga menawarkan akses kepada tangki minyak berkapasit­i

3.7 liter di bawah pelana yang boleh dibuka secara elektronik.

Super Cub C125 hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Biru Pearl Niltava, Merah Pearl Nebula dan Hitam

Pearl Shinning pada harga cadangan RM13,999 (tanpa insurans).

 ??  ?? YAMAHA Tracer 900GT
YAMAHA Tracer 900GT
 ??  ?? YAMAHA YZF-R25
YAMAHA YZF-R25
 ??  ?? SUPER Cub C125 berciri unik.
SUPER Cub C125 berciri unik.
 ??  ?? EKZOS berkembar.
EKZOS berkembar.
 ??  ?? CIRI klasik kekal.
CIRI klasik kekal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia