Harian Metro

Kembali berkongsi pentas

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Saksikan Jamal, Ameng dan Zamani dalam Konsert Tiga Suara di Ipoh, 6 April depan

Siapa dapat menafikan kehebatan gandingan tiga penyanyi lelaki menerusi jenama Konsert Tiga Suara yang diadakan di Istana Budaya pada September 2016.

Pujian diterima daripada pelbagai pihak terhadap gandingan itu. Bahkan ada yang ingin melihat ia kembali diadakan kerana tidak puas menyaksika­nnya.

Keinginan mereka akhirnya tercapai apabila Datuk Jamal Abdillah, Ameng dan Zamani kembali berkongsi pentas dalam Konsert Tiga Suara di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak pada 6 April depan.

Datuk Jamal selaku penganjur dari Bintang Channel Sdn Bhd mengakui tidak banyak melakukan perubahan untuk persembaha­n itu.

“Peminat yang menonton sudah tahu apa yang ditampilka­n dalam persembaha­n terdahulu.

“Kami akan mengekalka­n konsep sama seperti dilakukan dalam Konsert 3 Suara di Panggung Sari, Istana Budaya, lebih dua tahun lalu.

“Bagaimanap­un perubahan akan tetap dilakukan yang mana lagu-lagu kurang diketahui peminat akan digantikan dengan karya hit kami,” katanya.

Menurutnya, beberapa penambahba­ikan turut dilakukan terutama dari segi bunyi agar peminat puas hati.

“Saya perasan bunyi dalam konsert di IB ibarat konsert rock dan bukan konsert pop menjadikan ia bingit.

“Situasi di Stadium Indera Mulia berlainan dan saya berharap bahagian teknikal membantu saya untuk mendapatka­n yang terbaik.

“Untuk konsert ini, saya mendapatka­n sentuhan pengarah muzik yang tidak asing lagi iaitu Raja Mohd Sham,” katanya.

Jamal berkata, peminat dapat menyaksika­n paduan suara mereka bertiga menerusi lagu Isabella 98, Terharu dan Gadis Melayu.

“Selain itu mereka juga akan dihiburkan oleh anak saya, Osama Yamani dan sepupunya yang menggelark­an diri mereka sebagai Radiowave selaku penyanyi undangan,” katanya.

Menurut Jamal, idea untuk persembaha­n di Perak sebenarnya tercetus selepas menilai semua pihak yang terbabit dalam persembaha­n pertama.

“Kru bahagian tiket, teknikal, pemuzik dan lain-lain semua berfungsi menjadikan ia nampak mudah.

“Kerjasama erat dengan mereka buat saya bersemanga­t untuk buat konsert ini.

“Tak ketinggala­n, kerajaan negeri Perak turut beri ruang dan sokongan yang penuh bersama Pertubuhan Kebajikan

Amal Silaturrah­im IsteriIste­ri Harapan Negeri Perak (KASIH) dalam menjayakan konsert ini, “katanya.

Jamal percaya, dengan kekuatan jenama Tiga

Suara, konsert itu pasti mendapat sambutan menggalakk­an.

Apatah lagi, sebahagian kutipan jualan tiket akan disalurkan kepada KASIH.

Memandangk­an konsert itu berlangsun­g di stadium, Jamal akan mengadakan­nya dalam bentuk karnival di mana pelbagai aktiviti lain turut disusun dari pagi sehingga konsert pada sebelah malam.

“Pelbagai aktiviti diadakan termasuk gerai jualan, food truck, car boot sale dan banyak lagi,” katanya.

Turut diadakan zumba, buskers, futsal jalanan, sukan rakyat, pertanding­an karaoke lagu Jamal Abdillah, Ameng dan Zamani, pertunjuka­n kereta Ferrari dan Lamborghin­i, pameran Vespa klasik dan Harley Davidson.

Peminat boleh mendapatka­n tiket berharga RM83 hingga RM183 di ilassotick­ets.com.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia