Harian Metro

TAWANG LINGEM BERHATI JUJUR

- Ekhwan Haque Fazlul Haque cnews@nstp.com.my

 Bomba serah wang RM4,000

ditemui dalam kenderaan terbabit nahas kepada waris

RM4,000 depan mata! Itu jumlah wang tunai ditemui pada seorang lelaki warga emas sebaik mayatnya dibawa keluar dari Toyota Unser dalam kemalangan di Kilometer 18, di sini petang kelmarin.

Bagi yang lemah iman, mahu gelap mata dibuatnya. Namun prinsip kejujuran dipegang pegawai dan anggota bomba bertugas dalam operasi jam 3 petang itu menyerahka­n semula wang berkenaan kepada menantu mangsa, Chin Siaw Sheh, 85, sejurus dimaklumka­n mengenai insiden menimpa bapa mentuanya itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang, Tawang Lingem berkata, pasukannya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai kemalangan membabitka­n dua kenderaan.

Katanya, sebaik tiba, Toyota Unser dipandu mangsa bersama dua cucunya masing-masing berusia 11 dan 17 tahun itu terbalik.

“Saya bersama anggota lain bergegas membantu mengeluark­an mangsa yang masih berada di tempat duduk pemandu.

“Ketika membuat pemeriksaa­n pada badan mangsa untuk mencari kad pengenalan, saya menemui wang tunai dalam dompet dengan not RM50 diikat dengan getah,” katanya.

Tawang berkata, dua cucu mangsa cedera kemudian menghubung­i bapa mereka bagi memaklumka­n kejadian.

Katanya, menantu lelaki tiba di lokasi dan duit yang dipercayai hasil perniagaan mangsa diserahkan.

“Kami mendukung prinsip kejujuran yang diterapkan ketika bertugas dan saya berpuas hati wang mangsa dapat diserahkan,” katanya.

Kejadian membabitka­n dua kenderaan itu berlaku selepas Toyota Unser dipandu mangsa dari arah pusat bandar ke arah Kampung Medait dikatakan cuba memotong sebuah kereta lain sebelum bergesel dengan Toyota Vios dipandu wanita warga Brunei berusia 53 tahun.

Ia menyebabka­n kenderaan mangsa bergesel lalu terbalik di bahu jalan.

 ??  ?? TAWANG menyerahka­n dompet berisi wang kepada
waris Chin, (gambar kecil).
TAWANG menyerahka­n dompet berisi wang kepada waris Chin, (gambar kecil).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia