Harian Metro

Warga Australia terkandas di laut diselamat

-

Kota Kinabalu: Seorang lelaki warga Australia yang terkandas di perairan Kudat selepas kapal layar dinaikinya mengalami kerosakan enjin diselamatk­an, kelmarin.

Ketika kejadian mangsa dikenali sebagai Gary John, 69, dilaporkan dalam perjalanan dari Kudat menuju ke Pulau Cebu, Filipina.

Pengarah Zon Maritim Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Kudat Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, kapal layar milik mangsa dilaporkan terkandas di kedudukan 10 batu nautika Timur Laut Kudat.

Katanya, berdasarka­n laporan diterima, sebuah bot ronda dikerah ke lokasi dilaporkan sebelum mangsa ditemui selamat jam 11 pagi kelmarin.

“Bot mangsa ditunda dengan bantuan sebuah bot nelayan tempatan sebelum tiba di Jeti Marina Kudat jam 1.30 tengah hari semalam (kelmarin).

“APMM sentiasa berada dalam keadaan siap-siaga bagi memberi respon dan bantuan jika berlaku kejadian seperti ini,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, beliau mengingatk­an komuniti maritim supaya mengutamak­an keselamata­n dengan memastikan bot dan peralatan keselamata­n dalam keadaan baik sebelum melaksanak­an aktiviti di laut.

Katanya, orang ramai juga dinasihatk­an menghubung­i Malaysia Emergency Respond System (MERS 999) atau Pusat Operasi Maritim Kudat di talian 088 611858 jika mempunyai maklumat berhubung jenayah atau kejadian di perairan negara.

 ??  ?? WARGA Australia bersama anggota APMM selepas diselamatk­an.
WARGA Australia bersama anggota APMM selepas diselamatk­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia