Harian Metro

FAM gesa MFL kaji lesen FELDA

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) digesa mengkaji semula lesen kebangsaan yang diberikan kepada FELDA United FC.

Ia susulan juara Liga Perdana yang bakal bersaing dalam Liga Super itu dilaporkan sedang mengalami masalah tunggakan gaji pemain dan jurulatih.

Bekas Pengerusi Jawatankua­sa Tatatertib FAM, Kamarudin Abdullah

FAM atau MFL berhak menyemak semula status FELDA United sama ada benar-benar memenuhi syarat kelayakan untuk menyertai Liga Super atau tidak.

“Sekarang ini FELDA United sudah lulus untuk mendapatka­n lesen (kebangsaan) daripada FAM. Jadi, kalau lesen

(gambar)menjelaska­n,

sudah lulus maknanya FAM sudah mendapat pengesahan yang FELDA United layak untuk menyertai liga.

“Ia kerana sebelum bagi lesen, mereka (FAM) pasti melihat secara terperinci adakah FELDA United ini memenuhi kriteria atau syarat yang ditetapkan termasuk tidak berdepan masalah gaji,” katanya kepada Sukan NSTP, semalam.

“Tapi kalau masalah sama (tunggakan gaji) timbul selepas lesen diberikan dan ia berlaku sebelum liga bermula, saya rasa FAM berhak untuk tarik balik atau mengkaji semula lesen yang diberikan kepada FELDA United.”

Sebelum ini, FAM mengesahka­n tiga pasukan dari Liga Perdana - FELDA United, UiTM FC dan MIFA lulus dalam permohonan mendapatka­n lesen kebangsaan dan membolehka­n mereka beraksi di Liga Super 2019, jika layak.

Kelmarin, Sukan NSTP melaporkan mengenai tunggakan gaji selama tiga bulan yang membelengg­u The Fighters sekali gus mengejutka­n banyak pihak kerana mereka sudah berjaya mendapatka­n lesen kebangsaan dan bakal kembali ke Liga Super musim depan.

Sementara itu, Setiausaha Agung FELDA United, Zulkarnain Muhammad ketika dihubungi menjelaska­n pihaknya akan mengeluark­an kenyataan media dalam masa terdekat mengenai isu tunggakan gaji skuad The Fighters.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia