Harian Metro

Bowling D’Mahsuri meriah

-

Bangi: Penganjura­n pertanding­an bowling D’Mahsuri, Sungai Merab buat kali pertama baru-baru ini mendapat sambutan membanggak­an daripada penduduk taman perumahan terbabit.

Program yang dianjurkan Persatuan Penduduk D’Mahsuri (PPDM) di Ampang Superbowl, Bangi dalam usaha mengeratka­n silaturahi­m penduduk sempena musim cuti sekolah itu turut dimeriahka­n dengan penyertaan seramai 15 anak-anak D’Mahsuri.

Dalam pertanding­an itu, sebanyak tiga kategori dipertandi­ngkan

iaitu kategori Lelaki, Suri (wanita) dan Dua Terbaik bagi setiap lane.

Kategori Lelaki diungguli Noor Azhar Mistar dengan jumlah 423 jatuhan pin diikuti Nor Hairulniza­m Wahid di tangga kedua (367) manakala Muhamad Fakaruddin Che Yusoff di tempat ketiga (352).

Armawati Ab Hamid pula menjuarai kategori Suri dengan 420 jatuhan pin, manakala Siti Nor Aisyah Ariff (299) dan Syarul Nataqain Baharum (288) masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Turut dipertandi­ngkan adalah kategori Dua Terbaik setiap lane yang dijuarai gandingan Azhar dan Armawati dengan jumlah 843 jatuhan pin.

Tempat kedua diraih gandingan Hamizan Wasoh@Mohamad Isa dan Fakaruddin dengan 651 jatuhan pin sementara Sableh Laudin dan Nataqain menduduki tempat ketiga dengan 618 jatuhan pin.

Semua pemenang dan setiap lane menerima hamper daripada penganjur.

Sementara itu Azhar yang juga Pengerusi PPDM bangga dengan sambutan penduduk apatah lagi ia mencapai objektif untuk mengeratka­n silaturahi­m dalam kalangan penduduk.

“Alhamdulil­lah Persatuan Penduduk D’Mahsuri berjaya menganjurk­an pertanding­an bowling buat julung kalinya dan sambutan daripada Ahli Jawatankua­sa serta penduduk amat menggalakk­an,” kata Azhar.

 ??  ?? PEMAIN bergambar sebelum kejohanan.
PEMAIN bergambar sebelum kejohanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia