Harian Metro

Kerteh FC julang Piala Muhibbah

- Mohd Rafi Mamat sukanteam@nstp.com.my

 Gol tunggal disumbangk­an Rosli beri kemenangan kepada pasukan dari Terengganu

Pasukan Kertih FC dari Terengganu menewaskan Makmur FC untuk menjulang kejuaraan kejohanan bolasepak Piala Muhibbah 2018 di Stadium Darul Makmur, di sini, baru-baru ini.

Gol tunggal pelawat yang diundi dalam kumpulan B disumbangk­an penyerang lincah Rosli Jusoh pada babak kedua.

Pengurus pasukan Mohd Fauzi Draman berkata, pengalaman luas dan semangat juang tinggi pemain menjadi kelebihan kepada Kertih FC muncul juara pada kejohanan kali ini yang dianggap begitu mencabar dengan kehadiran beberapa pasukan terbaik.

Katanya, janji pemain untuk membawa pulang piala kejohanan berjaya dibuktikan selepas menempuh pelbagai cabaran diperingka­t kumpulan seterusnya di perlawanan akhir bertemu pasukan tuan rumah.

“Saya berpuas hati dan berbangga dengan prestasi serta kesungguha­n yang dipamerkan pemain sepanjang kejohanan hingga berjaya meletakan pasukan Kertih FC sebagai juara walaupun tidak banyak diberi harapan buat awal saingan.

“Kejayaan kali ini adalah kejuaraan kelima tahun ini yang dilakar pemain dalam saingan bola sepak padang veteran dan futsal peringkat negeri dan kebangsaan,” katanya yang memuji kesungguha­n dipamerkan pemain.

Beliau berkata, pasukan Kertih FC terdiri daripada pemain veteran membabitka­n kakitangan FELDA di Terengganu sejak 20 tahun lalu, menyertai sebanyak 10 hingga 15 kejohanan bola sepak dan futsal jemputan peringkat negeri dan kebangsaan, semata-mata demi minat terhadap sukan nombor satu negara itu.

Sementara itu jurucakap penganjur, Azian Ali berkata, sebanyak 11 pasukan menyertai kejohanan bolasepak Piala Muhibbah 2018 yang bertujuan mengeratka­n lagi hubungan dalam kalangan pemain tempatan dan jemputan.

Katanya, Kertih FC membawa pulang hadiah RM1,000, Makmur FC meraih RM700, tempat ketiga dimenangi Muhibbah dan Kasapilla yang masing-masing menerima RM200.

“Mereka yang beraksi terdiri daripada pemain amatur yang tidak pernah mewakili pasukan negeri diperingka­t kebangsaan, mempamerka­n semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN dan pegawai pasukan Kertih FC bergambar selepas menjuarai kejohanan bolasepak Piala Muhibbah 2018.
PEMAIN dan pegawai pasukan Kertih FC bergambar selepas menjuarai kejohanan bolasepak Piala Muhibbah 2018.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia