Harian Metro

MISI LORENZO TAKLUK PODIUM

- Agensi

 Doohan yakin saingan Marquez terus lonjak prestasi Lorenzo

Legenda kategori 500cc, Mick Doohan percaya Jorge Lorenzo tidak mempunyai sebarang alasan untuk tidak boleh bersaing dengan rakan sepasukan di Honda, Marc Marquez musim depan.

Selepas dua musim tidak konsisten bersama Ducati, juara dunia tiga kali, Lorenzo berhijrah ke Honda bagi kempen 2019 dengan membuat permulaan meyakinkan pada sesi ujian di Valencia dan Jerez.

Dia menamatkan ujian hanya 0.039 saat di belakang Marquez dan walaupun Lorenzo tidak boleh memberi sebarang komen mengenai jentera RC213V sehingga tahun depan, namun Marquez melaporkan pendatang baharu itu memberi reaksi sama sepertinya.

Dalam sesi temuramah bersama Motorsport.com, juara lima kali kelas perdana, Doohan berkata bahawa Lorenzo tidak boleh memberi alasan lagi sekiranya dia lebih perlahan berbanding Marquez.

Beliau turut meramalkan Honda lebih serasi menampung keperluan sebenar Lorenzo berbanding majikan lamanya Ducati.

Doohan berkata: “Saya fikir Lorenzo berada dalam situasi yang sulit kerana terdapat banyak tekanan ke atasnya dan pada masa sama ia juga boleh membawa impak positif kerana satu-satunya perkara yang boleh di- lakukannya adalah menewaskan Marc menggunaka­n jentera sama.

“Ia seperti Eddie Lawson ke Honda dan berkata jika Wayne Gardner menggunaka­n jentera sama dengannya, dia tidak boleh menyaingi tahapnya. Gardner tiba dan menang kejuaraan (1987).

“Saya sentiasa beranggapa­n ini antara sebab mengapa Jorge mengambil cabaran untuk menjadi rakan sepasukan Marc, untuk mencari jawapan sama ada dia mampu mengatasin­ya.

“Jorge tidak mempunyai alasan lagi kerana dia mempunyai jentera yang sama.”

Tambah Doohan, beliau menjangkak­an kehadiran Lorenzo yang menggantik­an Dani Pedrosa mampu memacu Marquez untuk mencapai tahap lebih tinggi.

“Apa yang pasti kehadiran Lorenzo akan memberi tambahan motivasi kepada Marc,” katanya.

“Sepanjang karier saya dulu, saya tidak pernah kisah siapa rakan sepasukan saya dan untuk Marc pun mungkin situasi sama.”

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia