Harian Metro

PENCINTA bell VINTAJ

-

lama asal ada peminatnya yang tersendiri secara tidak langsung ia menjadi unik. Malah, semakin sukar ia diperoleh semakin tinggi nilainya, apatah lagi jika sesuatu barangan itu terhad atau sudah tidak dihasilkan lagi.

Topi keledar juga boleh menjadi bahan koleksi kepada sesiapa saja yang meminatiny­a terutama dalam kalangan mat motor. Biarpun terdapat pelbagai jenama topi keledar, bagi Omal A, 42, lebih berminat kepada topi keledar vintaj daripada jenama Bell.

Mula menggunaka­n topi keledar vintaj jenama itu dengan model Magnum III pada 1991, beliau kini memiliki hampir 40 unit pelbagai model Magnum seperti Magnum II, Magnum III, Mag 4, Mag 5, Super Magnum, Mag LTD dan Mag XL.

Bell adalah pengeluar topi keledar keselamata­n terbesar dari Amerika Syarikat yang dibuat untuk kegunaan dalam pelbagai bidang yang berisiko tinggi dan memerlukan perlindung­an kepala. Bell diasaskan pelumba kereta, Roy Richter di Bell, California pada

1954 selepas menyedari kepentinga­n aspek keselamata­n terutama bahagian kepala dalam perlumbaan.

Menariknya, Omal pada mulanya menggunaka­n topi keledar itu hanya sebagai aksesori pelindung kepala berikutan menunggang motosikal untuk berulang-alik ke tempat kerja. Namun, peristiwa beberapa kali ditahan orang awam ketika menunggang motosikal gara-gara topi keledar Bell vintaj dipakainya, ia menjadi pencetus kepadanya untuk mengumpul topi keledar daripada jenama itu.

“Dari situ saya mula menyedari keistimewa­an topi keledar vintaj ini dan mencari maklumat mengenainy­a dengan merujuk rakan termasuk pencarian di Internet. Biarpun topi keledar Bell dihasilkan pada 1950-an, model keluaran selepas 1980 adalah paling banyak dicari kerana rekaannya pada masa itu sudah sedikit moden.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia