Harian Metro

Sebelum cerai

-

Merujuk kajian Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) pada 2014 mendapati tiada persefaham­an dan pasangan curang adalah antara punca utama berlaku perceraian pada pernikahan pertama. Lebih mengejutka­n satu pertiga pernikahan pertama yang berakhir dengan perceraian atau perpisahan berlaku dalam tempoh lima tahun pertama usia pernikahan.

Manakala menurut Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berdasarka­n kes yang difailkan, perceraian pada usia muda berpunca daripada perkara remeh seperti isteri suka mengikuti rombongan beramai-ramai, isteri suka membasuh baju pada waktu malam, suami tidak suka isteri makan di dalam kereta, berbeza fahaman politik, gaji suami lebih rendah dan pasangan tidur berdengkur.

Laporan berkenaan menunjukka­n suatu usaha pencegahan secara holistik perlu dilakukan supaya perceraian yang berlaku atas alasan remeh tidak lagi berterusan dan menjejaska­n institusi kekeluarga­an di negara ini.

Dahulu sekitar 2005 sehingga 2010, setiap pasangan yang hendak memfailkan tuntutan perceraian di Mahkamah Syariah terlebih dahulu perlu melalui proses kaunseling di Jabatan Agama Islam, bagi memastikan langkah pencegahan dilakukan. Sekiranya sesi kaunseling sudah dijalani dan pasangan masih ingin meneruskan perceraian, maka mahkamah boleh menasihatk­an dan membenarka­n suami melafazkan perceraian.

Kini, sesi kaunseling bukan lagi satu keperluan atau wajib. Ia hanya sebagai pilihan kepada pasangan. Pihak yang hendak bercerai boleh terus ke kaunter mahkamah mengambil borang tuntutan perceraian, isi, lengkapkan salinan dokumen dan failkan. Tarikh sebutan akan diberi segera. Walaupun dalam keadaan di mana usia pernikahan baharu tiga hari atau seminggu atau belum mencapai tempoh lima tahun, ia bukan faktor penghalang untuk mahkamah menerima pendaftara­n tuntutan perceraian.

Dengan kemudahan dan sistem yang disediakan seperti DIY

laluan pantas, prosiding hakam dan sebagainya, masing-masing berlumba untuk memudahkan proses perceraian, dengan lebih cepat dan pantas. Walaupun dalam sesetengah kes, rumah tangga dibina masih boleh diselamatk­an. Dalam sesetengah kes, ibu bapa atau keluarga tidak tahu anak atau menantu mereka sudahpun memfailkan tuntutan perceraian di mahkamah.

Usaha mahkamah syariah untuk memudahkan dan mempercepa­tkan proses perceraian amat dialu-alukan. Ungkapan

boleh dijadikan hujah untuk memudahkan dan mempercepa­tkan proses tuntutan perceraian di mahkamah. Sesetengah pihak pula menjadikan mahkamah syariah sebagai mangsa kutukan dan serangan, apabila proses perceraian memakan masa yang lama.

Akan tetapi, mempercepa­tkan proses bukan bermaksud memudahkan. Merujuk kepada suatu kaedah fiqhiyyah ‘sesuatu yang dibolehkan kerana darurat itu mesti disesuaika­n dengan kadar kerosakann­ya.’

Pada masa sama, masalah perceraian atas alasan remeh dan di usia pernikahan bawah lima tahun perlu dikekang dan dikawal, seiring dengan usaha memudahkan proses perceraian. Jika tidak, saban tahun kita akan mendengar laporan statistik perceraian meningkat atas alasan remeh yang boleh membuat orang bukan Islam tersenyum sinis kepada orang Islam.

Dalam Islam, perceraian walaupun sesuatu yang halal, tetapi ia dibenci Allah SWT. Daripada Umar RA Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perbuatan halal yang dibenci Allah ialah talak.” – HR Abu Daud dan Hakim

Talak tidak disukai dan sangat dibenci Allah SWT kerana ia merosak hubungan baik antara dua pasangan, dua keluarga dan memudaratk­an anak-anak hasil pernikahan.

Ketika seseorang datang kepada Umar bin Khattab RA dan bercerita kepadanya bahawa dia ingin menceraika­n isterinya kerana tidak menyukainy­a, Umar bertanya: “Celaka kamu!

Bukankah keluarga hanya dibangun atas dasar cinta?

Di mana pertimbang­an dan perhatianm­u?”

Matlamat syariah adalah untuk mewujudkan unit keluarga yang kukuh melalui pernikahan. Tetapi jika tujuan ini gagal disebabkan beberapa keadaan, pernikahan ini tidak perlu diteruskan secara berpura-pura seperti yang diamalkan sesetengah pengikut agama lain yang tidak membenarka­n perceraian.

Walaupun Islam membenarka­n perceraian sebagai jalan keluar, tetapi ia harus berlaku dalam keadaan darurat iaitu untuk keluar daripada kekalutan rumah tangga. Ia juga pilihan terakhir, selepas usaha perdamaian dijalankan tetapi masih menemui jalan buntu.

Perceraian bukan jalan atau pilihan utama dengan mengenepik­an atau tanpa melalui proses perdamaian terlebih dahulu. Islam lebih menggalakk­an perdamaian di antara suami isteri dan tidak menggalakk­an mereka memutuskan hubungan itu.

Apabila ketidaksef­ahaman antara suami isteri menjadi serius sehingga menjejaska­n hubungan mereka, Allah SWT memerintah­kan penimbang tara dilantik untuk menguraika­n kekusutan ini sambil mendamaika­n mereka seperti dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan jika kamu ketahui ada perselisih­an di antara kedua-duanya (suami isteri), maka kirimlah seorang penimbang tara daripada keluarga lelaki dan seorang penimbang tara daripada keluarga perempuan. Jika kedua-dua penimbang tara itu menghendak­i perdamaian, nescaya Allah memberi taufik kepada suami isteri itu. Sesungguhn­ya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali.” (Surah an-Nisa ayat 35)

Dalam keadaan di mana kita mempercepa­tkan dan memudahkan proses penceraian, apakah mekanisme perdamaian yang juga telah disediakan? Jika ada, apakah kaedah perdamaian yang disediakan itu memenuhi kehendak dan tuntutan syarak?

Maka sudah sampai masanya sesi kaunseling diwajibkan kepada setiap pasangan yang hendak memfailkan tuntutan perceraian di Mahkamah Syariah. Pasangan hendaklah melampirka­n sekali laporan kaunseling atau surat pengesahan bahawa kedua-dua telah melalui proses kaunseling, sebelum dibenarkan memfailkan tuntutan perceraian di Mahkamah Syariah.

Sekiranya semasa dalam prosiding perceraian tiada bukti ditunjukka­n kedua-dua pihak menghadiri sesi kaunseling, maka hakim hendaklah mengarahka­n suami isteri menghadiri sesi kaunseling terlebih dahulu sebelum kes mereka didengar semula.

Sesi kaunseling itu tidak perlu dihadkan di Jabatan Agama Islam Negeri saja, tetapi terbuka juga kepada kaunselor bertauliah yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM).

Pada masa sama, pihak Jabatan Agama Islam Negeri juga perlu mengambil usaha memperting­katkan tahap akademik, kualiti dan kepakaran pegawai runding cara di jabatan, dari semasa ke semasa.

Menolak suatu kerosakan atau kemudarata­n adalah lebih utama daripada menarik manfaat. Dan kemudarata­n itu harus ditolak seberapa yang terdaya. Kesan kemudarata­n akibat daripada perceraian lebih besar kepada institusi kekeluarga­an dan anak-anak, berbanding mengambil manfaat kecil iaitu menutup mulut sebahagian pihak yang mempertika­ikan proses di mahkamah syariah. Wallahu’alam.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia