Harian Metro

Hasnul akur lepas jawatan

- Mohd Hafizee Mohd Arop hafizee@nstp.com.my

Ahmad Faizal.

“Lima bulan (memegang jawatan) tempoh sangat mencabar, Allah berikan saya peluang untuk menguruska­n sebuah pasukan yang digilai ramai orang.

“Jika masih ingat masa sidang media pertama saya (selepas memegang jawatan Presiden PAFA), saya menyatakan ingin membawa Perak ke perlawanan akhir Piala Malaysia, saya berjaya membawanya sehingga Perak muncul juara.

“Saya menilai dalam tempoh seminggu dua ini, kerja saya sedikit terganggu (selepas kes cara mengendali­kan trofi Piala Malaysia), bagaimanap­un saya terus beri fokus pada PAFA,” katanya dalam sidang media diadakan di Pejabat PAFA di sini hari ini.

Hasnul dipilih sebagai Presiden PAFA pada Kongres Tahunan ke-60 PAFA, 21 Julai lalu selepas menang tanpa bertanding bagi menggantik­an Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Namun, beliau mencetuska­n kemarahan peminat berikutan caranya mengendali­kan Piala Malaysia yang dimenangi pasukan Perak selepas menumpaska­n Terengganu di Stadium Shah Alam, 27 Oktober lalu.

Beberapa keping gambar yang dimuatnaik­nya di media sosial miliknya membuatkan peminat mengandaik­an Hasnul tidak menghormat­i trofi berprestij itu sehingga bukan sahaja dikecam peminat seluruh negara malah dikritik oleh bekas pemain Perak sendiri.

Penyokong The Bos Gaurus (TBG) Sabtu lalu turut mengumpulk­an petisyen bagi mendesak Hasnul meletakkan jawatan sebelum menyerahka­n memorandum kepada Ahmad Faizal.

Ketika ditanya sama ada keputusan dibuatnya itu atas faktor menjadi mangsa buli siber apabila Facebookny­a diserang dengan pelbagai komen netizen selepas berlakunya isu itu, Hasnul mengakui faktor itu turut menjadi punca fokusnya terganggu hingga menyebabka­n mengambil keputusan meletakkan jawatan.

Hasnul berkata, keputusann­ya untuk meletakkan jawatannya itu adalah muktamad dan tidak akan mengubah fikiran walaupun ia tidak diterima mana-mana pihak.

 ??  ?? HASNUL (duduk tengah) mengumumka­n perletakan jawatan sebagai Presiden PAFA.
HASNUL (duduk tengah) mengumumka­n perletakan jawatan sebagai Presiden PAFA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia