Harian Metro

Pesawat Lion Air langgar tiang lampu

-

Jakarta: Sebuah pesawat Lion Air JT633 mengalami kerosakan selepas melanggar tiang lampu di landasan ketika mahu berlepas dari Lapangan Terbang Fatmawati, Bengkulu pada petang kelmarin.

Kejadian itu menyebabka­n penerbanga­n dari Bengkulu ke Jakarta itu tergendala hampir lima jam.

Kompas.com melaporkan, pesawat Boeing 737-900 ER berkenaan sepatutnya berlepas pada jam 6.20 petang (waktu tempatan) semalam tetapi ditunda hingga jam 10.48 malam selepas sayapnya melanggar tiang lampu di landasan

Jurucakap Komunikasi Korporat Strategik Lion Air Danang Mandala Prihantoro berkata, kejadian itu berlaku akibat kekeliruan panduan dengan petugas di landasan.

Menurutnya, pesawat itu dipandu di landasan berdasarka­n panduan dan petunjuk daripada petugas Kawalan Pergerakan Pesawat (AMC).

“Petugas AMC adalah petugas di lapangan terbang dan siasatan mengenai kejadian itu dijalankan.

“Semua penumpang dipindahka­n ke pesawat Lion Air yang lain dan berlepas pada jam 10.48 malam sebelum selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Soekarno-Hatta, Tangerang pada 11.50 malam,” katanya dalam satu kenyataan.

Syarikat penerbanga­n Lion Air menjadi perhatian dunia selepas sebuah pesawatnya terhempas di Laut Jawa pada 29 Oktober lalu selepas beberapa minit berlepas menyebabka­n semua 189 penumpang dan anak kapal terbunuh. - Agensi

 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n keadaan sayap pesawat Lion Air yang rosak selepas melanggar tiang lampu di Lapangan Terbang Fatmawati di Bengkulu kelmarin. - Agensi
GAMBAR menunjukka­n keadaan sayap pesawat Lion Air yang rosak selepas melanggar tiang lampu di Lapangan Terbang Fatmawati di Bengkulu kelmarin. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia