Harian Metro

‘Syukur Athirah kembali kepada kami’

-

Seremban: “Terima kasih Harian Metro kerana membantu, jikalau tidak saya tidak tahu bagaimana untuk mencari Athirah,” kata pesara tentera, Kamarudin Yaacob, 45 yang bersyukur apabila anaknya Siti Nur Athirah, 15, yang menghilang­kan diri pada 29 Oktober lalu pulang semula ke pangkuan keluarga.

Kamarudin berkata, sebaik kehilangan anak keempatnya disiarkan portal berita akhbar ini, 2 November lalu, Siti Nur Athirah menghubung­inya pada keesokan hari.

“Athirah meminta maaf kerana meninggalk­an keluarga dan memaklumka­n dia selamat. Dia juga memberitah­u dia tinggal bersama rakan perempuan dan mahu bekerja di Kuala Lumpur,” katanya.

Menurut Kamarudin, sehubungan itu, dia dan isteri bergegas ke Kepong, Kuala Lumpur dari rumahnya di Taman Sentosa, Gemas, untuk membawa Siti Nur Athirah pulang pada Ahad lalu.

“Sebaik saya dan isteri tiba di sana, Athirah memeluk erat kami sambil menangis dan meminta maaf serta memberitah­u tidak akan mengulangi tindakanny­a itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kata Kamarudin lagi, anaknya juga bersemanga­t meneruskan persekolah­an di Sekolah Menengah Rendah Agama Gemas.

Harian Metro pada 3 November lalu melaporkan Kamarudin merayu supaya anaknya segera pulang kerana ibu dan tiga kakaknya sangat merinduiny­a.

Kehilangan anak keempat daripada lapan beradik itu disedari jam 10 pagi sebaik dia memberitah­u mahu ke rumah rakan di taman yang sama.

Sehingga jam 7.40 malam, Siti Nur Athirah masih tidak pulang menyebabka­n laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin.

Kamaruddin memaklumka­n, Siti Nur Athirah menyekat pesanan WhatsApp terhadap nombor telefonnya, tiga anaknya yang lain serta rakannya.

Dia mendakwa, anaknya itu melarikan diri selepas hasrat untuk berhenti sekolah dan mahu bekerja di sebuah restoran milik seorang wanita ditentang ahli keluarga.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 3 November lalu.
LAPORAN Harian Metro, 3 November lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia