Harian Metro

Najib beri keterangan 4 jam

-

Putrajaya: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi keterangan empat jam kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam dipercayai berkaitan dakwaan seorang Ahli Parlimen menerima rasuah daripada syarikat kontraktor bagi satu projek.

Najib dilihat meninggalk­an Ibu Pejabat SPRM di sini, jam 1.50 tengah ari, dengan menaiki Proton Perdana serta diiringi dua kenderaan lain.

Terdahulu, beliau tiba di bangunan Ibu Pejabat SPRM, jam 9.40 pagi selepas menemani isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi mendengar prosiding sebutan kes.

Sebelum ini, difahamkan, Najib dipanggil bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes termasuk membabitka­n pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak.

Sumber berkata, Najib dipanggil memberi keterangan berkaitan kes solar dan bukan berkaitan kes 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Bagaimanap­un, Najib menerusi laman akaun Twitter jam 2.05 petang semalam menafikan beliau hadir bagi memberi keterangan berkaitan kes solar, sebaliknya hanya dipanggil sebagai saksi bagi membantu siasatan kes rasuah.

Namun, beliau tidak menyatakan dipanggil membantu kes apa.

“Hari ini saya dipanggil SPRM bagi membantu siasatan sebagai saksi, tetapi bukan berkaitan kes solar,” kata Najib menerusi laman Twitternya. Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahka­n Najib dikehendak­i hadir ke SPRM untuk dirakam keterangan. Suruhanjay­a Tinggi Republik Singapura di Malaysia menafikan dakwaan mengatakan Perdana Menterinya, Lee Hsien Loong menjadi sasaran utama siasatan skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Menurut kenyataan dikeluarka­n kelmarin, artikel kononnya dikeluarka­n portal adalah palsu.

“Kami mengesahka­n artikel itu palsu dan jelas ia cubaan memfitnah,” katanya.

Terdahulu, portal berkenaan memaparkan berita bertajuk Berita Tergempar: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menjadi sasaran utama siasatan 1MDB-Najib menandatan­gani beberapa perjanjian berat sebelah dengan Hsien Loong sebagai pertukaran bagi pengubahan wang haram.

Menurut laporan terbabit, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipercayai menandatan­gani beberapa perjanjian berat sebelah dengan Hsien Loong, antaranya pelaksanaa­n projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) sedangkan Malaysia dibebani hutang mencecah trilion selain perjanjian penjualan air ke negara itu.

Laporan berkenaan turut mendakwa perjanjian dimeterai itu bertujuan mendapatka­n bantuan daripada bank negara Singapura untuk ‘mencuci’ wang 1MDB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia