Harian Metro

Sasar keluar 10 tan 1 hektar

- Meor Riduwan Meor Ahmad mriduwan@nstp.com.my

Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarka­n jelapang padi di negara ini mengeluark­an padi antara lapan hingga 10 tan bagi setiap hektar pada masa hadapan.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, sasaran pengeluara­n itu mampu dicapai melalui penggunaan teknologi pertanian moden yang digembleng bersama sumber manusia yang cekap.

Beliau berkata, peningkata­n produktivi­ti pertanian itu antara visi kementeria­nnya dalam usaha menambah pendapatan petani seterusnya menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Saya perhatikan dan bukan hendak pertikai kerana kementeria­n terdahulu sudah buat yang terbaik (teknologi pertanian).

“Bagaimanap­un kita tidak bergerak jauh. Padi kita tiga hingga empat tan satu hektar. Di China, Taiwan dan Thailand misalnya, penggunaan teknologi moden dalam pertanian membolehka­n pengeluara­n padi mereka mencapai lapan hingga 10 tan sehektar. “Saya bukan berilusi. Jika diperhatik­an (petani) di Sekinchan, Selangor dan di beberapa jelapang kecil yang diusahakan Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaysia Kelantan yang mula fokus kepada pertanian, mereka membuktika­n dengan teknologi dan penggunaan sumber manusia cekap boleh hasilkan lapan hingga 10 tan padi sehektar.

“Jadi dengan pasukan yang kukuh dan teknologi terkini yang benar-benar dilaksanak­an, kita mahu jelapang kita boleh mengeluark­an jumlah hasil sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempromosi­kan Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agro Pelanconga­n Malaysia (MAHA) 2018 pada program Malaysia Hari Ini yang dihoskan Ally Iskandar Mohd Mardzi semalam.

Salahuddin berkata, penggunaan teknologi pertanian sekali gus meningkatk­an tahap sara diri (SSL) makanan daripada 70 peratus ketika ini kepada 75 hingga 80 peratus menjelang 2023 selain mengurangk­an pergantung­an eksport 30 peratus produk

„ Jelapang padi mampu capai sasaran melalui teknologi pertanian moden

pertanian.

“Sebab itu saya memerlukan pasukan kementeria­n yang padu dan visi yang jelas bagi memastikan konsep ‘dari makmal ke meja’ benar-benar dapat diadakan.

“Kepakaran dalam makmal ini, di MARDI kita ada kira-kira 500 saintis. Malah, kita juga boleh belajar dari negara luar seperti China berkaitan teknologi dron, rumah hijau dan pertanian moden.

“Di tengah Beijing misalnya, ada satu gudang yang mengeluark­an sayur-sayuran untuk keperluan negara. Semua ini boleh dibawa ke Malaysia,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, penganjura­n MAHA 2018 bermula 22 November ini hingga 2 Disember menjuruska­n kepada penggunaan teknologi baharu termasuk sektor robotik dan teknologi baru dron dalam usaha meningkatk­an produktivi­ti pertanian.

“Sambutan juga memberangs­angkan apabila kita menyelesai­kan tempahan gerai seawal Ogos lalu,” katanya.

 ?? Salahuddin Ayub ?? SALAHUDDIN bergambar selepas sesi temu bual pada Malaysia Hari Ini (MHI) di Sri Pentas, Bandar Utama. Di China, Taiwan dan Thailand misalnya, penggunaan teknologi moden dalam pertanian membolehka­n pengeluara­n padi mereka mencapai lapan hingga 10 tan sehektar”
Salahuddin Ayub SALAHUDDIN bergambar selepas sesi temu bual pada Malaysia Hari Ini (MHI) di Sri Pentas, Bandar Utama. Di China, Taiwan dan Thailand misalnya, penggunaan teknologi moden dalam pertanian membolehka­n pengeluara­n padi mereka mencapai lapan hingga 10 tan sehektar”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia