Pekerja asing dilindungi Perkeso
membolehkan kami mengambil tindakan susulan.
“Ketika ini, kita tidak tahu jumlah sebenar pekerja asing di negara ini, tetapi menerusi caruman Perkeso kita dapat data nyata mengenai mereka, selain mengesan mereka yang tinggal lebih masa atau tiada permit,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sesi
Pengurusan Pekerja Asing di Malaysia di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas di sini, semalam.
Kulasegaran berkata, beliau percaya pelaksanaan ini tidak akan membebankan majikan sebaliknya mewujudkan situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak apabila majikan tidak perlu lagi membayar insuran khas untuk pekerja terbabit.
Sementara itu, beliau berkata, beberapa dasar baharu membabitkan pekerja asing akan dirangka dalam usaha memenuhi pandangan pemain industri di negara ini.
Bagaimanapun, katanya, dasar kementerian masih sama iaitu majikan perlu mengutamakan pekerja tempatan berbanding pekerja asing.
Beliau berkata, kementerian mendekati majikan dan pemain industri di seluruh negara melalui sesi berkenaan bagi mendapat pandangan mereka.
“Kita ke 11 negeri di seluruh negara untuk berjumpa dan mendengar pendapat mereka dalam soal pekerja asing di negara ini.
“Selepas Pulau Pinang, sesi akan diteruskan di Putrajaya dan Johor. Kebanyakan isu dibangkitkan adalah mahu isu pekerja asing di negara ini hanya diurus dan dikendalikan satu kementerian saja,” katanya.