Harian Metro

Simbolik kehidupan ahli maritim

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Simbolik kepada kehidupan ahli maritim yang bertugas di lautan, buat kali kedua berturut-turut Rumah Api Tanjung Tuan dipilih sebagai lokasi tarikan Cape Rachado Cycling Challenge (CRCC) 2018.

Dianjurkan pada 9 September lalu oleh Seafarer Management Centre, program berbasikal itu menawarkan tujuh kategori termasuk kayuhan santai.

Pengurus Projeknya, Wan Nurul Atikah Wan Azizan, berkata lebih

500 penyertaan diterima daripada penggemar sukan berbasikal berusia 18 hingga 50 tahun.

“Berbanding penganjura­n kali pertama, tahun ini kami memperkena­lkan lebih banyak kategori mengikut tahap, jantina dan usia. Kami berjaya menarik ramai peserta bagi program tahun ini.

“Kami turut memperkena­lkan kategori unik, Super Mama, khas buat golongan wanita berusia 40 hingga 50 tahun.

“Inisiatif ini dilakukan berdasarka­n permintaan diterima dan pengalaman sebelum ini.

“Bagi kategori profesiona­l, jarak kayuhan adalah 120 kilometer (km) manakala kayuhan santai pula 30 km,” katanya.

Berkongsi tarikan CRCC 2018, Wan Nurul Atikah mengakui penganjura­n tahun kedua terbuka kepada awam, turut disertai peserta dari luar negara termasuk Singapura.

Laluan kayuhan CRCC 2018 membabitka­n Jalan Pantai, Linggi, Lubuk

China, Kota, Rembau dan Si Rusa memberi cabaran dengan laluan berbukit dan berselekoh, selain cuaca tidak menentu.

Program dirasmikan Ketua Pengarah Laut, Jabatan Laut Malaysia, Datuk Baharin Abdul

Hamid ini bertujuan mempromosi­kan rumah api tertua di Malaysia yang dibina pada 1863.

Menariknya, CRCC diadakan sempena sambutan Hari Maritim Sedunia turut memberi peluang kepada orang ramai mengunjung­i kawasan Rumah Api Tanjung Tuan.

Sebagai penganjur, Wan Nurul Atikah mensasarka­n 1,000 penyertaan pada edisi akan datang sama ada peserta tempatan mahupun luar negara terutama negara jiran seperti Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia.

Selain itu, katanya sokongan daripada organisasi maritim lain diperlukan bagi menjayakan lagi program kayuhan basikal ini.

 ??  ?? JARAK kayuhan 120
kilometer.
JARAK kayuhan 120 kilometer.
 ??  ?? TARIK lebih 500
penyertaan.
TARIK lebih 500 penyertaan.
 ??  ?? TAMPIL dengan tujuh
kategori.
TAMPIL dengan tujuh kategori.
 ??  ?? PROMOSI Rumah Api Tanjung Tuan sebagai tarikan pelanconga­n.
PROMOSI Rumah Api Tanjung Tuan sebagai tarikan pelanconga­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia