Harian Metro

Tambah pusat jagaan di tempat kerja

-

Sepang: Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 38,333 pusat jagaan kanak-kanak berdaftar bagi menampung jumlah kanak-kanak di bawah usia empat tahun.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, buat masa ini, hanya ada 4,302 pusat jagaan kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Beliau yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, bagi menampung keperluan itu, kerajaan mahu lebih banyak pusat berkenaan diwujudkan di tempat kerja.

“Kami ingin mempunyai lebih banyak pusat jagaan kanak-kanak berdaftar di tempat kerja. Ia satu isu yang memerlukan perhatian segera. Saya berharap lebih banyak institusi swasta mewujudkan pusat berkenaan.

“Kerajaan menyokong sepenuhnya inisiatif ini dan memberikan pengecuali­an cukai di mana ia boleh dituntut majikan berdasarka­n pekeliling 15 Februari 1996 dikeluarka­n Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya.

Terdahulu, Wan Azizah melancarka­n Taska Krista@RedQ, AirAsia iaitu sebuah pusat jagaan kanak-kanak yang boperasi di ibu pejabat AirAsia di RedQ, di sini.

Pusat jagaan itu dikendalik­an Krista Education iaitu pakar dalam pendidikan awal kanak-kanak yang berpengala­man lebih dari 22 tahun. Ia menerima anak kakitangan syarikat penerbanga­n tambah rendah itu berusia antara 11 bulan hingga enam tahun dengan bayaran bulanan minimum.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, Tan Sri Tony Fernandes berkata, buat masa ini, pusat itu mengendali­kan lebih 50 kanak-kanak dan ia mampu menguruska­n sehingga 80 orang kanak-kanak pada satu-satu sama.

“Ia beroperasi antara 7 pagi hingga 7 malam,” katanya.

Katanya, salah satu nilai teras syarikat adalah mendahului bukan saja pelanggann­ya, malah kakitangan AirAsia sendiri.

 ??  ?? WAN Azizah bersama Guru Besar Taska Krista @ RedQ, Rajeswary Jesslyn dan Tony melihat gelagat kanak-kanak taska selepas merasmikan Taska Krista @ RedQ di Sepang.
WAN Azizah bersama Guru Besar Taska Krista @ RedQ, Rajeswary Jesslyn dan Tony melihat gelagat kanak-kanak taska selepas merasmikan Taska Krista @ RedQ di Sepang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia