Harian Metro

Tawar rawatan ‘tombong’

- KESIHATAN RAHIM MENCERMINK­AN KECANTIKAN WANITA

Menurutnya, kebanyakan pelanggan mengalami masalah rahim jatuh namun ada juga sesetengah yang sudah ke tahap yang teruk kerana rahim sudah terkeluar.

“Sesiapa yang mengalami masalah itu tentu saja tidak selesa dan sakit.

Lebih teruk apabila ia mengganggu rutin harian akibat ketidaksel­esaan yang akhirnya menyebabka­n gangguan emosi.

“Dalam senario ini, tentu saja individu terbabit tidak lagi memikirkan soal menjaga kecantikan wajah atau badan kerana menderita menanggung sakit,” ujarnya.

Katanya, rawatan tombong yang dilakukan memerlukan sedikit masa kerana pesakit tidak mampu pulih hanya selepas melakukan sekali rawatan.

“Pelanggan yang mengalami masalah rahim atau tombong akan diperiksa terlebih dulu sebelum rawatan urutan dijalankan secara berhatihat­i.

“Kepakaran dan kemahiran amat diperlukan kerana tidak semua tukang urut mahir dalam perkara ini,” katanya.

Menurut Nik Norie Nur Qisren, tidak ada gunanya wajah yang cantik menawan namun keadaan rahim tidak dijaga dengan baik.

“Disebabkan itu saya katakan, kesihatan rahim perkara yang paling utama, sekiranya rahim dalam keadaan baik tentu saja kecantikan luaran dapat dipancarka­n secara semula jadi.

“Spa bergerak yang saya jalankan agak berbeza dengan yang lain kerana saya lebih memfokuska­n kepada rawatan rahim, kesuburan, mati pucuk dan rawatan dalam pantang,” katanya.

Dalam erti kata lain,

Nik Norie Nur Qisren lebih menumpukan rawatan ilmu perbidanan seperti zaman nenek moyang terdahulu.

“Inilah keistimewa­an rawatan yang saya jalankan, kerana pelanggan dapat berasakan kaedah rawatan serta urutan seperti era dulu. Semua rawatan ditawarkan bermula pada harga RM80 mengikut jenis rawatan dipilih pelanggan.

“Saya selalu menekankan kepada pelanggan supaya konsisten. Urut seluruh badan dan selalu periksa kedudukan rahim supaya kita sendiri tahu keadaan rahim sendiri,” ujarnya.

Menurutnya, selain itu, dia juga menyediaka­n pelbagai minuman, mandian dan produk berasaskan herba bagi membantu mendapatka­n kesihatan dalaman.

“Pada masa sama, saya turut menjalanka­n kelas urutan perbidanan dan terbaru akan dijalankan pada 6 dan 7 Oktober ini.

“Kecantikan dan herba seperti irama dan lagu, wanita kini perlu mengamalka­n gaya hidup sihat selain mengambil makanan atau minuman tambahan berasaskan herba yang terbukti mempunyai pelbagai khasiat.

“Jangan sesekali bersikap sambil lewa dan merasakan semua ini tidak penting, saya sering kali mengingatk­an pelanggan supaya jaga kesihatan dalaman terutama rahim untuk mendapatka­n kecantikan semula jadi tanpa sebarang suntikan,” katanya.

 ??  ?? NIK NORIE NUR QASREN
menjalanka­n rawatan tombong kepada pelanggan.
NIK NORIE NUR QASREN menjalanka­n rawatan tombong kepada pelanggan.
 ??  ?? MENJALANKA­N spa bergerak di sekitar Kuala Lumpur dan
Kajang.
MENJALANKA­N spa bergerak di sekitar Kuala Lumpur dan Kajang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia