Harian Metro

Myanmar gagal ujian kebebasan, demokrasi

-

Strasbourg: Ketua Diplomatik Kesatuan Eropah (EU) mengecam tindakan Myanmar memenjarak­an dua wartawan Reuters, beberapa jam selepas ikon demokrasi negara itu, Aung San Suu Kyi mempertaha­nkan hukuman berkenaan.

Menurut Suu Kyi, mahkamah Myanmar memenjarak­an Wa Lone dan Kyaw Soe Oo selama tujuh tahun kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi negara itu, bukan kerana mereka melaporkan krisis Rohingya.

Ketua Dasar Luar EU, Federica Mogherini yang mengulangi gesaan dua wartawan itu dibebaskan segera dan tanpa syarat, menyatakan mereka tidak dibicaraka­n dengan adil.

“Ramai pemerhati melihat perbicaraa­n itu sebagai ujian kebebasan media, demokrasi dan peraturan perundanga­n negara berkenaan.

“Jelas ujian itu gagal. Hukuman itu memberi kesan kepada wartawan lain yang bimbang didakwa kerana menjalanka­n tugas mereka,” kata Mogherini kepada Parlimen Eropah.

Suu Kyi yang menyelar kebimbanga­n meluas antarabang­sa berhubung perbicaraa­n itu, mencabar pengkritik menunjukka­n ketidakadi­lan itu dan menegaskan mereka dibicaraka­n di ‘mahkamah terbuka.’

Bercakap ketika Forum Ekonomi Dunia di Hanoi kelmarin, Suu Kyi berkata, tindakan keras tentera terhadap etnik Islam Rohingya yang disifatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai ‘pembunuhan beramai-ramai’, sepatutnya diuruskan dengan baik.

Parlimen Eropah kelmarin, menggesa wartawan terbabit dibebaskan dan meminta Suruhanjay­a Eropah mengkaji keistimewa­an perdaganga­n diberi kepada Myanmar apabila negara itu beralih kepada pemerintah­an demokrasi pada 2015. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia