Harian Metro

Peluang kerjasama PAS, UMNO

-

Kuala Nerus: Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson membuka peluang untuk PAS dan UMNO mengadakan latihan bersama membabitka­n kerjasama antara kedua-dua parti.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PRK itu juga dijangka dapat meneruskan momentum pengukuhan sokongan daripada ahli daripada kedua-dua parti berkenaan selepas PRK Sungai Kandis dan Seri Setia.

“Yang pertama dalam negara demokrasi, boleh bertanding boleh letak jawatan, kita tak boleh halang siapa nak bertanding...kita anggap itu peluang mengadakan latihan bersama antara pembangkan­g. “Pengalaman di Sungai Kandis dan Seri Setia menunjukka­n peningkata­n (undi), kalau di Seri Kandis satu, di Seri Setia sudah tiga yang menjadi penunjuk awal dan kita jangka PD (Port Dickson) meningkat lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kali Pertama di Stadium Tertutup Gong Badak di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed dan Ketua DHPP N Balasubram­aniam.

Abdul Hadi juga tidak menolak kemungkina­n PAS menghantar jentera terdiri daripada ahlinya untuk berkempen bagi calon UMNO di PRK Port Dickson.

“Kita ada cawangan dan ahli di Port Dickson dan di luar juga yang boleh kita gunakan sebagai jentera PRK. Bagaimanap­un ia bergantung kepada keperluan,” katanya.

PKR meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding kerusi Parlimen Port Dickson selepas penyandang, Laksamana Pertama (B) Datuk Danyal Balagopal Abdullah menghantar notis pengosonga­n kerusi berkenaan kepada Speaker Dewan Rakyat Rabu lalu.

 ??  ?? ABDUL Hadi (dua dari kanan) beramah mesra bersama Balasubram­aniam (tiga dari kiri) dan perwakilan semasa merasmikan Konvensyen DHPP Kali Pertama di Stadium Tertutup Gong Badak, semalam.
ABDUL Hadi (dua dari kanan) beramah mesra bersama Balasubram­aniam (tiga dari kiri) dan perwakilan semasa merasmikan Konvensyen DHPP Kali Pertama di Stadium Tertutup Gong Badak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia