Harian Metro

‘NYAWA’ BARU LA ROJA

-

pada babak kedua ketika Rodrigo Moreno, Sergio Ramos dan Isco melengkapk­an kemenangan besar di Elche.

Enrique mengambil alih selepas kekalahan mengaibkan di tangan Russia pada Piala Dunia menyebabka­n Sepanyol meragui corak permainan pegangan bola yang membantu mereka memenangi tiga kejuaraan utama berturut-turut antara 2008 hingga 2012.

Beliau menjanjika­n perubahan dan ketika pasukannya masih mendominas­i pegangan bola, mereka lebih pantas dan mantap di suku ketiga padang.

Mengalahka­n dua pasukan yang layak ke separuh akhir Piala Dunia dalam tempoh empat hari melonjak moral Sepanyol untuk tampil pendahulu Kumpulan 2, Liga A kejohanan Liga Negara Eropah.

Namun, mungkin apa yang lebih penting, ia memberikan lebih keyakinan pemain terhadap corak diterapkan Enrique. “Ia mungkin terlalu mudah untuk menyatakan inilah pasukan Sepanyol saya, mencipta banyak peluang dan tidak melepaskan banyak gol, tapi hakikatnya saya mengubahny­a dengan terlalu pantas,” kata Enrique.

“Minggu ini setiap perkara sempurna.”

Asensio muncul pemain bintang yang mencuri tumpuan, namun Saul yang turut mengagumka­n ketika menentang England, menyerlah sekali lagi di samping pemain tengah berbakat berusia 23 tahun,

Dani Ceballos.

“Perbanding­an dengan Piala

Dunia dan malam ini tidak wajar,”

„ Enrique puas pacu Sepanyol kenduri gol ke atas Croatia

kata Enrique. “Hari ini kami amat efektif dan setiap perkara menjadi seperti diharapkan. Mereka mempunyai peluang awal, mereka tidak menggunaka­nnya dan kemudian kami bermain cemerlang serta menjaringk­an beberapa gol

hebat.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia