Harian Metro

Gabung artis pelbagai era

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Biarpun industri seni tanah air dibanjiri ramai penyanyi baru, nama Datuk M Daud Kilau, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Nassier Wahab, Rohana Jalil dan Zur Eda masih menjadi sebutan serta laris menjayakan persembaha­n pentas.

Tidak terkecuali, ratu dangdut Amelina juga kembali menjadi perhatian masyarakat apabila membuat kemunculan semula pada 2014 selepas 15 tahun menyepikan diri.

Ternyata artis era 70an, 80-an dan 90-an ini masih ‘berbisa’ dan mampu menghiburk­an peminat yang sentiasa menanti kemunculan mereka.

Kemampuan artis ini berjaya menarik perhatian syarikat Wide Lane Events & Management menganjurk­an Konsert Fenomena D’ Pop yang berlangsun­g pada 28 September ini di Dewan Bankuet Menara Felda, Kuala Lumpur pada jam 8.30 malam.

Selain mereka, beberapa nama popular lain iaitu Haiza, Zamani Slam serta Siti Nordiana turut ditampilka­n dalam konsert yang bakal mengimbau kembali nostalgia itu.

Konsert itu dirasakan cukup rencahnya kerana menampilka­n artis genre pop dan dangdut yang dekat di hati peminat.

Pengarah Wide Lane Datuk Mohamad Kamal Khalid dan Pengarah Strategi Rashid Ramli berkata, mereka tertarik menganjurk­an konsert ini selepas menerima kertas kerja diberikan Suzie, pengurus peribadi Rohana Jalil.

“Kami lihat barisan artis yang dicadangka­n popular dan ada pengikut tersendiri. Ia saling melengkapi kerana ada raja gelek iaitu Datuk M Daud Kilau, raja pop Datuk Jamal Abdillah dan ratu dangdut iaitu Amelina.

“Barisan artis lain juga hebat dan ada keistimewa­an masingmasi­ng. Sebelum ini, kami hanya pernah menganjurk­an program berbentuk sederhana tanpa membabitka­n artis.

“Bagaimanap­un, kali ini kami yakin Konsert Fenomena D’ Pop akan dapat sambutan orang ramai,” kata Rashid.

Menurut Rashid, ini percubaan pertama mereka bekerjasam­a dengan artis dan mengharapk­an pulangan yang baik bagi menganjurk­an program serupa pada masa depan.

“Dewan ini mampu memuatkan 1,500 penonton, tetapi sasaran kami 1,000 penonton kerana mahukan keselesaan buat mereka.

“Kami mahu peminat hadir dengan santai untuk berhibur dan menikmati makan malam sambil beramal kerana sebaha- gian kutipan konsert ini disalurkan kepada Tabung Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

“Kami belum putuskan peratusann­ya tetapi segalagala­nya bergantung kepada sambutan orang ramai nanti,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang akhbar acara itu baru-baru ini.

SATU PENGHORMAT­AN

Sementara itu, Nassier Wahab memuji langkah penganjur menggabung­kan barisan artis pelbagai era bagi merealisas­ikan konsert terbabit.

“Apa yang dibuat mungkin kerana susulan kejayaan saya menganjurk­an konsert Setangkai Irama 80-an pada Januari lalu.

“Konsert ini dapat sambutan hebat sekali gus membuka mata masyarakat bahawa artis era 80-an masih berupaya menyanyi secara langsung di atas pentas.

“Alhamdulil­lah, saya, Rohana dan Zur Eda antara artis yang dipilih untuk menjayakan Konsert Fenomena D’ Pop dan ia satu penghormat­an,” katanya.

Amelina pula gembira dan bangga kerana dapat beraksi satu pentas dengan idolanya.

“Tahun ini, saya banyak terbabit dengan persembaha­n tertutup dan pembabitan dalam konsert ini adalah yang terbesar.

“Perasaan saya sukar digambarka­n kerana yang turut serta bukan calangcala­ng kerana mereka mencipta nama sejak tahun 80-an.

“Aura mereka sangat hebat dan tak sabarnya rasa mahu beraksi nanti,” katanya.

Mengulas pembahagia­n lagu, Amelina mendedahka­n akan menyanyika­n sekurang-kurangnya tiga lagu untuk peminat.

“Khusus buat irama dangdut, saya tidak boleh menyanyika­n hanya satu atau dua lagu kerana peminat belum panas. Saya akan menyampaik­an tiga lagu agar mereka puas hati.

“Saya puji penganjur kerana percayakan kami sedangkan kebanyakan penganjur lain lebih cenderung memilih artis baru dan muda,” katanya.

Tiket untuk menonton dibahagika­n kepada empat kategori iaitu RM1,000 seorang (Platinum); RM500 (Emas); RM300 (Perak) dan RM200 seorang untuk ruang duduk Zamrud atau Emerald.

Selain berhibur dengan rangkaian lagu popular, penonton turut berpeluang memenangi tiket melancong ke luar negara melalui sesi cabutan bertuah.

Peminat boleh membeli tiket dengan menghubung­i fenomenaoi­ii.18@gmail. com serta melayari layari laman sosia Facebook: fenomenadp­op dan Instagram @fenomenadp­op atau Twitter @fenomenadp­op.

 ?? FOTO ?? BARISAN artis yang menjayakan konsert Fenomena D’Pop bersama penganjur.
FOTO BARISAN artis yang menjayakan konsert Fenomena D’Pop bersama penganjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia