Harian Metro

Tumpu pengalaman pelanggan

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Syarikat yang melabur dalam pengalaman berasaskan teknologi bukan hanya mencapai prestasi perniagaan terbaik tetapi mencetuska­n transforma­si pelanggan yang membolehka­n peningkata­n pengambil alihan dan pengekalan pelanggan, menurut kajian penyelidik, Forrester Consulting.

Kajian dengan kerjasama Adobe, ‘Kesan perniagaan melabur dalam pengalaman pelanggan di Asia Pasifik’ mendapati pelaburan jangka panjang penting dalam menguasai Asia Pasifik khususnya, syarikat yang mencapai purata pertumbuha­n pendapatan 23 peratus berbanding 13 peratus apabila memanfaatk­an pelaburan pengalaman berasaskan teknologi.

“Tidak syak lagi melabur dalam pengalaman pelanggan adalah penting untuk kejayaan perniagaan.

“Walaupun menarik untuk melihat kesan pelaburan yang ada dalam pengalaman pelanggan, kajian menunjukka­n hanya 29 peratus organisasi di Asia Pasifik yang dipacu,” kata Pengarah Urusan Adobe Asia Tenggara, VR Srivatsa.

Pacu syarikat

dengan teknologi

Perniagaan yang didorong pengalaman pelanggan juga mempunyai pekerja yang lebih bahagia, kata laporan itu.

“Khususnya, pekerja dalam perniagaan ini menikmati kepuasan peribadi dan kepuasan 60 peratus berbanding dengan rakan mereka dalam perniagaan lain dan kepuasan 30 peratus lebih besar di seluruh syarikat.

“Syarikat sedang berjuang untuk menentukan bagaimana mereka menukar perniagaan mereka, bagaimana mereka menstruktu­rkan perniagaan mereka,” katanya di majlis Adobe Symposium.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia