Harian Metro

Upah bunuh RM100,000

- Mohd Firdaus Ibrahim firdaus_ibrahim@hme-

„ Keri Pok Jeng terima bayaran ikut hierarki mangsa

RM10,000 hingga lebih RM100,000. Itu antara upah dikatakan diterima Syukri Mohd Abiah, 37, atau lebih dikenali sebagai Keri Pok Jeng bagi ‘mencabut’ nyawa mangsanya.

Keri Pok Jeng yang juga digelar ‘Malaikat Maut’ itu dilaporkan menetapkan upah membunuh mangsa mengikut hierarki atau kedudukan.

Memperinci­kan dakwaan itu, sumber berkata, harga atau upah mencabut nyawa mangsa lebih mahal mengikut status.

“Jika mangsa atau sasaran orang tinggi atau berkeduduk­an, caj (upah) mungkin lebih RM100,000 berbanding orang biasa.

“Kita dengar antara RM10,000 hingga lebih RM100,000 (upah) yang dia terima untuk satu kerja. Jumlah tepat kita tidak boleh pastikan,” katanya.

Keri Pok Jeng yang diburu sejak tiga tahun lalu atas pelbagai jenayah kekerasan, penculikan dan pembunuren­gganu han ditembak mati pada 10 September lalu jam 4.30 pagi di kawasan perumahan di FELDA Neram Satu, Chukai, Kemaman, Terengganu.

Sumber sama mendedahka­n antara kes pembunuhan didalangi Keri Pok Jeng ialah kes culik dan bunuh lelaki Melayu yang mayatnya ditemui pada 21 Jun 2007 di dalam Sungai Cerul, Kemaman.

“Seterusnya Keri dilapor membunuh (tembak mati) lelaki Melayu di kedai kopi di Kampung Bukit Chempedak, Wakaf Tapai, Te- pada 2012.

“Dia juga dilapor bertanggun­gjawab membunuh seorang lelaki di Lorong Nyiur, Chabang, Jalan Hospital, Kota Bharu pada 2014.

“Pada 2015, Keri Pok Jeng dilapor menembak mati dua lelaki dalam kejadian berasingan iaitu di hadapan restoran Alif bersebelah­an Pasaraya Megamall, Kuantan, Pahang dan menjadi dalang utama pembunuhan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat Alias Abdullah di rumahnya di Kampung Alor Limbat, Bukit Payung, Marang, Terengganu,” katanya.

Menurutnya, antara kes lain membabitka­n Keri Pok Jeng ialah kes penculikan membabitka­n seorang lelaki Melayu di hadapan Masjid Midin, Kuala Terengganu dan menuntut wang tebusan RM200,000 kerana hutang dadah.

“Kes penculikan itu didalangi Keri Pok Jeng bersama tujuh lagi lelaki Melayu dipercayai rakan subahatnya,” katanya.

Beliau berkata, Keri Pok Jeng yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan terbabit dalam beberapa jenayah kekerasan atau merusuh di Kelantan, Pahang dan Terengganu.

“Antaranya Keri Pok Jeng bersama seorang rakannya dilapor memukul seorang lelaki Melayu dengan rotan dan tukul di Kampung Kepas, Lati, Pasir Mas, Kelantan.

“Selain itu, Keri Pok Jeng bersama lima rakannya dipercayai bersenjata­kan parang menetak seorang lelaki di stesen minyak di Tok Bali, Pasir Puteh,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, sumber mendedahka­n Keri Pok Jeng sering berpindah-randah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Dia dilaporkan tinggal di satu-satu kawasan tidak lebih dua minggu,” katanya sambil memberitah­u suspek mempunyai 12 rekod jenayah lampau.

Menurutnya, suspek merupakan orang dikehendak­i bagi tujuh kes antaranya dua kes di Kuantan (samun berkumpula­n/bunuh) dan masing-masing satu kes di Chukai (bunuh), Chabang Tiga (culik), Cherang Ruku (merusuh), Kota Bharu (bunuh) dan Pasir Mas (mendatangk­an kecederaan parah),” katanya.

Harian Metro sebelum ini memetik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Terengganu Asisten Komisioner Fazlisyam Abd Majid berkata, Keri Pok Jeng yang terbabit dalam pembunuhan bekas ADUN Alor Limbat ditembak mati di FELDA Neram Satu.

Suspek maut selepas dua butir peluru mengenai kepala dan dadanya dalam aksi berbalas tembakan dengan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.

 ??  ?? FAZLISYAM
FAZLISYAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia