Harian Metro

2 ANAK TIRI BEBAS, BALU MASIH DIREMAN

- Siraj Mohd Zaini siraj@nstp.com.my

„ Mahkamah batal tempoh reman anak tiri

Mahkamah Tinggi, di sini, semalam membenarka­n permohonan semakan bagi membatalka­n tempoh reman tujuh hari terhadap dua anak tiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd.

Justeru, Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman mengarahka­n kedua-dua remaja berusia 14 dan 16 tahun itu dibebaskan daripada tahanan reman petang semalam selepas mereka ditahan Ahad lalu.

Perintah itu dikeluarka­n Ab Karim selepas menerima permohonan semakan daripada peguam Hisyam Teh Poh Teik dan LS Leonard yang mewakili kedua-dua remaja berkenaan.

Dalam prosiding berkenaan, Ab Karim berkata, pihak polis gagal mengemukak­an alasan kukuh terhadap tempoh reman tujuh hari bagi mengaitkan penahanan kedua-dua remaja itu dalam kes pembunuhan bapa tiri mereka, Nazrin Hassan pada 14 Jun lalu.

“Antara alasan reman adalah tangkapan diperlukan untuk kesan barang kes, tetapi saya dimaklumka­n ketika penahanan remaja berkenaan, turut dijumpai alatan memanah.

“Kenapa polis perlu sampai tujuh hari memandangk­an barang kes seperti panah semua sudah dijumpai,” katanya ketika prosiding berkenaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Nazneen Zulkifli yang membantah permohonan semakan itu menyatakan beberapa sebab termasuk kaitan kedua-dua remaja berkenaan dalam kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu, namun hujah berkenaan ditolak Ab Karim.

Pada Ahad lalu, kedua-dua remaja berkenaan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan Majistret Nor Ariffin Hisham memerintah­kan mereka ditahan reman sehingga 15 September ini.

Dua beradik berkenaan ditahan di rumah datuk mereka di Taman Tun Dr Ismail, jam 4 petang Sabtu lalu.

Pada 4 September lalu, polis menahan ibu dan bapa mereka, Samirah Muzaffar, 43, dan Nizam Mydin, 43, sebelum kedua-duanya direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes CEO terbabit.

Bagaimanap­un, Nizam dibebaskan sebelum tamat tempoh reman pada 7 September lalu manakala Samirah pula ditahan reman sehingga Khamis ini.

 ?? FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD ??
FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, Isnin lalu.
LAPORAN Harian Metro, Isnin lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia