Harian Metro

Skuad takraw yakin serap tekanan

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Skuad sepak takraw negara sudah sedia dari segi mental sekiranya diletakkan dalam kumpulan yang sama dengan tuan rumah dalam acara regu di Sukan Asia 2018, pertengaha­n bulan ini.

Timbalan Presiden Persatuan Sepaktakra­w Malaysia (PSM), Datuk Akramuddin Abd Aziz menjelaska­n, mereka cukup bersedia menghadapi mana-mana lawan asalkan kembali disenaraik­an dalam acara regu yang menjadi sandaran utama negara meraih emas pada temasya itu.

“Letaklah kumpulan mana sekalipun (A atau B), tiada masalah. Jika bersama Indonesia, kita sudah bersedia dari aspek mental dan fizikal.

“Apabila bermain di gelanggang lawan, adalah menjadi kelaziman (diejek dan sebagainya), namun jika bertemu mereka, pemain kita sudah bersedia. Saya percaya pemain negara akan dapat menyerap tekanan,” katanya.

Indonesia turut dilihat mengintai emas acara regu selepas Thailand membuat keputusan tidak menyertain­ya dan berada dalam Kumpulan A bersama-sama Singapura, Filipina dan Pakistan, manakala Korea Selatan mengetuai Kumpulan B bersama-sama China, India dan Nepal.

Walaupun tiada dalam senarai tiga sukan yang disenaraik­an berisiko oleh kontinjen Malaysia, aksi sepak takraw yang berlangsun­g di Palembang dijangka turut menjadi perhatian dan ‘panas’ sekiranya Malaysia diletakkan dalam kumpulan yang sama bersama tuan rumah kerana Majlis Olimpik Asia (OCA) sudah menjelaska­n tiada undian semula akan diadakan.

Malaysia yang tersisih daripada undian yang dilangsung­kan awal bulan lalu masih menanti kedudukan kumpulan dan jadual perlawanan yang baru selepas OCA mengarahka­n Jawatankua­sa Penganjura­n Sukan Asia Indonesia 2018 (INASGOC) memasukkan kembali penyertaan regu negara.

Pengurus Besar PSM, Tengku Adnan Tengku Burhanuddi­n menjelaska­n, pihaknya melalui Majlis Olimpik Malaysia (MOM) masih menanti surat pengesahan Malaysia kembali menyertai acara regu.

Menurutnya, pertemuan Presiden PSM, Datuk Seri Ahmad Ismail bersama Pengarah OCA bagi Sukan Asia, Haider Farman di Jakarta tempoh hari mendapatka­n reaksi positif selepas menunjukka­n semua bukti penyertaan.

 ??  ?? AKRAMUDDIN (kiri) beramah mesra bersama pemain sepak takraw wanita, semalam.
AKRAMUDDIN (kiri) beramah mesra bersama pemain sepak takraw wanita, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia