Harian Metro

Biar kurang doktor wanita

-

Tokyo: Sekolah perubatan di ibu kota Jepun mengubah suai keputusan ujian kemasukan pemohon wanita untuk memastikan bilangan golongan itu dalam badan berkenaan sentiasa rendah, lapor akhbar semalam.

Akhbar Yomiuri Shimbun melaporkan, manipulasi itu terdedah ketika pendakwa raya menyiasat skandal berasingan yang menyaksika­n Universiti Perubatan Tokyo dituduh memasukkan anak lelaki birokrat Kementeria­n Pendidikan secara tidak sah.

“Susulan laporan pagi ini, kami meminta firma guaman melancarka­n siasatan dalaman mengenai isu dilaporkan,” kata jurucakap universiti, Fumio Azuma.

Katanya, pihaknya berharap dapat mengumumka­n keputusan siasatan lewat bulan ini.

Firma guaman yang akan menyiasat laporan itu sudah mempunyai kontrak penasihat dengan universiti itu tetapi selalunya peguam perunding tidak menjadi sebahagian pasukan siasatan.

Akhbar itu memetik sumber tidak dinamakan berkata, universiti mula menurunkan markah ujian kemasukan pemohon perempuan ke sekolah perubatan berkenaan pada 2011, selepas keputusan 2010 menunjukka­n semakin ramai wanita layak memasuki institusi berkenaan.

Pada 2010, kira-kira 40 peratus pemohon yang berjaya adalah wanita, peningkata­n sekali ganda berbanding tahun sebelumnya.

Selepas itu, universiti mula cuba memastikan peratusan wanita yang memasukiny­a setiap tahun cuma sekitar 30 peratus.

“Wanita selalu berhenti selepas habis belajar dan menjadi doktor apabila berkahwin serta mendapat anak.

“Pandangan umum di universiti ini adalah, doktor lelaki lebih boleh diharap untuk melakukan tugas kecemasan dan syif panjang,” kata sumber.

Wanita selalu berhenti selepas habis belajar dan menjadi doktor apabila berkahwin serta mendapat anak”

Sumber

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia