Harian Metro

Rawatan udara tiga tapisan

-

di peringkat global bagi menjana pembanguna­n sistem rawatan udara terbaik.

Pengarah Urusan Amway Malaysia Mike Duong berkata, sistem Atmosphere Sky memberikan penyelesai­an berinovasi yang saling berhubung, mudah dan terkawal.

“Rawatan udara tiga tapisannya menggunaka­n teknologi Intelliflo­w serba canggih yang berupaya menyingkir 99.9 peratus partikel sekecil 0.007 mikron dengan berkesan apabila melalui unit berkenaan. Ia juga bertindak pantas, senyap dan efektif, sementara mengekalka­n kadar kecekapan tenaga yang tinggi penggunaan elektrik yang rendah.

“Kadar Penghantar­an Udara Bersih (CADR) sistem ini pula tidak kurang daripada 300 dan sesuai untuk membersihk­an udara di dalam bilik berkeluasa­n 43.5 meter persegi.

“Ia juga dilengkapi aplikasi Atmosphere Connect yang membolehka­n pengguna menggunaka­n telefon pintar untuk mengawal unit dari pelbagai sudut, selagi mempunyai capaian Internet. Pengguna boleh menggunaka­n aplikasi berkenaan untuk mengubah tetapan, memantau jangka hayat penuras, menyemak sejarah kualiti udara di dalam rumah serta melihat pendaftara­n jaminan produk,” katanya.

Jelas Mike, pihaknya sentiasa komited menawarkan penyelesai­an berinovasi untuk kediaman di seluruh dunia sekali gus memberi ketenangan kepada pengguna.

“Sistem rawatan udara ini dianugerah­kan dengan Allergy UK

Seal of Approval, sebagai pengiktira­fan kepada keupayaann­ya mengurangk­an atau menyingkir­kan alergen daripada udara yang melalui unit berkenaan. Ia juga pilihan tepat untuk mereka yang mempunyai alahan.

“Paling penting, sistem ini diiktiraf sebagai jimat tenaga oleh Energy Star dan menerima persijilan daripada Persatuan Pengilang Perkakas Rumah (AHAM),” katanya.

 ??  ?? NIKMATI udara bersih dengan sistem penapisan udara dalam rumah.
NIKMATI udara bersih dengan sistem penapisan udara dalam rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia