Harian Metro

Bandar Baharu daerah durian

- Azahar Hashim rencana@hmetro.com.my

Daerah Bandar Baharu, Kedah akan dibangunka­n sebagai pelanconga­n agro berkaitan buah-buahan tempatan khususnya durian yang mendapat permintaan tinggi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu Datuk Norsabrina Mohd Noor berkata, Bandar Baharu kini mempunyai tiga ladang berkonsepk­an pelanconga­n agro di atas bukit iaitu Ladang Nictron Sdn Bhd di Sungai Kecil Hilir, Ladang Serena Orchard di Permatang Kerat Telunjuk dan Farmstay Relau.

Beliau berkata, konsep berkenaan mampu menjadikan daerah ini sebagai hab pelanconga­n agro khususnya durian.

“Sebab itu, saya menggunaka­n cogan kata ‘Ingat Durian Ingat Bandar Baharu’ untuk memperkena­lkan dan mempromosi daerah ini kepada pelancong mengenai produk durian.

“Kami berbangga kerana ada inisiatif warga Bandar Baharu mengusahak­an ladang buah tempatan terutama durian yang kini mendapat permintaan dari seluruh dunia dan mempunyai nilai komersial selain harga yang tinggi.

“Kewujudan ladang seperti ini secara tidak langsung menjadikan Bandar Baharu sebagai daerah terbesar pengeluara­n durian berkualiti yang mendapat permintaan tinggi seperti duri hitam, musang king atau udang merah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan promosi Ingat Durian Ingat Bandar Baharu di Farmstay Relau, baru-baru ini.

Norsabrina berkata, sebelum ini mukim Relau terkenal dengan inap desa namun sejak awal tahun ini pemilik Farmstay

Relau, Abdul Razak Hamid mengembang­kan produk pelanconga­n dengan menjadikan dusun buahbuahan­nya sebagai lokasi inap desa.

“Inap desa ini akan menjadi tarikan utama dan yang menariknya rumah penginapan di sini mempunyai reka bentuk rumah tradisiona­l Melayu.

“Dijangka pada hujung tahun ini, sebanyak lapan rumah inap desa akan siap sepenuhnya dan dikeliling­i lebih 500 pokok durian tempatan,” katanya.

Katanya, sejak akhirakhir ini permintaan durian duri hitam mendapat permintaan yang tinggi terutama dari orang luar yang sanggup datang ke Bandar Baharu hanya kerana ingin merasa keenakanny­a.

“Ramai yang tidak mengetahui sebenarnya durian duri hitam berasal dari Bandar Baharu

Kedah. Saya mahu

Bandar Baharu menjadi destinasi pelanconga­n untuk penggemar durian terutama duri hitam, namun hasil pengeluara­nnya perlu dipertingk­atkan kerana bekalan masih berkuranga­n,” katanya.

Beliau berkata, melalui kerjasama dengan pejabat pertanian daerah maka penghasila­n durian duri hitam ini akan dapat diperluask­an lagi bagi menampung permintaan yang tinggi.

“Musim durian pada pertengaha­n tahun ini amat

Inisiatif giat dilakukan

untuk dijadikan hab pelanconga­n

agro

menjadi di seluruh negara termasuk daerah ini, apabila pokok durian mengeluark­an hasil yang banyak.

“Ini memberi peluang kepada pemilik dusun durian mendapat hasil lebih tinggi dengan mengadakan aktiviti seperti makan durian di dusun,” katanya.

Norsabrina berkata, pihaknya sentiasa memberi tumpuan pada pelanconga­n agro dan akan membantu pemilik dusun supaya dapat memasarkan hasil pertanian mereka.

“Saya berharap pengusaha ladang durian dapat mengeluark­an produk hiliran berasaskan durian seperti aiskrim, lempuk atau lain-lain yang boleh meningkatk­an nilai komersial sekali gus berjaya dieksport ke luar negara,” katanya.

 ??  ?? NORSABRINA dan Abdul Razak menunjukka­n buah durian dari ladang.
NORSABRINA dan Abdul Razak menunjukka­n buah durian dari ladang.
 ??  ?? PENGUNJUNG menikmati durian di Farmstay Relau.
PENGUNJUNG menikmati durian di Farmstay Relau.
 ??  ?? INAP desa Farmstay Relau menawarkan pakej pelanconga­n agro.
INAP desa Farmstay Relau menawarkan pakej pelanconga­n agro.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia