Harian Metro

HFMD RAGUT NYAWA

 Kerajaan keluar arahan supaya membersihk­an troli serta bakul

- Hazira Ahmad Zaidi cnews@nstp.com.my

Kerajaan negeri bercadang mengeluark­an arahan kepada pasar raya besar di seluruh negeri supaya membersihk­an troli serta bakul untuk menghindar­i penyakit berjangkit kaki, tangan dan mulut (HFMD).

Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kebersihan Negeri Dr Izani Husin berkata, langkah berkenaan bagaimanap­un masih dalam peringkat cadangan.

Katanya, usaha itu diambil untuk menjaga keselamata­n serta kesihatan pelanggan daripada dijangkiti HFMD berikutan pasar raya berpotensi mendapat penularan virus HFMD kerana menjadi lokasi tumpuan orang ramai.

“Kita akan bekerjasam­a dengan Majlis Perbandara­n Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) untuk memastikan pasar raya mematuhi arahan ini. Pada masa sama, pengendali pusat jagaan kanak-kanak juga perlu meletakkan cecair antiseptik.

“Saya menasihatk­an rakyat di negeri ini mengutamak­an kebersihan dan ibu bapa atau orang dewasa perlu pastikan tangan dibersihka­n dulu sebelum menyediaka­n makanan atau menyentuh anak,” katanya selepas merasmikan Majlis Gotong-Royong Mega 1.0 Peringkat Negeri di Taman Desa Rahmat, di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir dan Yang Dipertua MPKB-BRI, Ahmad Robert Abdul Rahim.

Dalam perkembang­an lain, Ahmad Razin berkata, kes demam denggi di Kelantan pada tahun ini menunjukka­n penurunan berbanding tahun lalu dengan hanya merekodkan satu kematian.

“Sehingga minggu ke-29, sebanyak 546 kes denggi dilaporkan berbanding 1,820 kes dalam tempoh sama pada tahun lalu dan ini menunjukka­n penurunan sebanyak 1,274 kes atau 70 peratus.

“Dua daerah menunjukka­n peningkata­n paling ketara kes denggi adalah Pasir Puteh dan Jeli manakala lapan lagi daerah mencatatka­n penurunan,” katanya.

Johor Bahru: Kerajaan negeri mengambil langkah kawalan penyebaran virus yang boleh menyebabka­n kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) di negeri ini termasuk pemeriksaa­n di kedua-dua pintu masuk negara dari Singapura.

Bagaimanap­un,

Menteri Besar Datuk Osman Sapian berkata, ia hanya tindakan mengawal namun tidak ada yang perlu dibimbangk­an kerana kes seumpama itu terkawal di negeri itu dan di republik berkenaan.

“Kes HFMD di Johor masih terkawal, tidak seperti di Selangor. Saya baru pulang daripada lawatan kerja di setiap daerah dan saya ada minta laporan daripada Pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), di setiap daerah semuanya baik.

“Kes ini bukan

“Di sana (Singapura) tidak berlaku kerana negara mereka bersih, yang perlu dibimbangk­an ialah kebersihan persekitar­an kita di Malaysia”

 ??  ??
 ??  ?? PEKERJA pasar raya melakukan kerja-kerja pembersiha­n troli bagi langkah pencegahan untuk menangani penyakit berjangkit kaki, tangan dan mulut HFMD.
PEKERJA pasar raya melakukan kerja-kerja pembersiha­n troli bagi langkah pencegahan untuk menangani penyakit berjangkit kaki, tangan dan mulut HFMD.
 ??  ??
 ??  ?? JENAZAH Farhan diusung sebelum selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lemang Pek Daro.
JENAZAH Farhan diusung sebelum selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lemang Pek Daro.
 ??  ?? CONTOH tangan kanak-kanak yang menghidap HFMD.
CONTOH tangan kanak-kanak yang menghidap HFMD.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia