Harian Metro

Marilyn Monroe ditemui mati

-

PADA 5 Ogos 1962 ikon Hollywood Marilyn Monroe ditemui mati dalam keadaan bogel di atas katil dengan sebelah tangannya memegang gagang telefon di kediamanny­a di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Terdapat beberapa botol pil kosong yang bersepah di rumahnya dan ubat itu dipercayai diambil untuk masalah kemurungan yang dihadapi aktres berkenaan.

Selepas siasatan yang dilakukan, polis Los Angeles merumuskan kematian

Marilyn yang ketika itu berusia 36 tahun adalah berpunca daripada pengambila­n dadah sedatif melebihi dos dan mungkin kerana membunuh diri.

Kematian Marilyn mengejutka­n dunia perfileman ketika namanya berada di puncak dan dianggap sebagai simbol seks paling popular di zaman itu.

Marilyn juga dianggap sebagai aktres, penyanyi dan model paling popular di Hollywood.

Dilahirkan dengan nama Norma Jean Mortenson pada 1 Jun 1926 dan ibunya dikatakan mengalami masalah emosi yang tidak stabil dan sering terbatas kepada perlindung­an suaka.

Ia menyebabka­n bintang itu dibesarkan oleh ibu bapa angkat serta di rumah anak yatim.

Pada usia 16 tahun, Marilyn berkahwin dengan rakan sekerja di sebuah kilang membuat kapal terbang namun bercerai beberapa tahun kemudian.

Marilyn kemudianny­a terjun ke bidang peragawati pada 1944 dan menandatan­gani kontrak jangka pendek dua dengan syarikat 20th Century Fox sebelum menggunaka­n nama samaran Marilyn Monroe.

Pada awal pembabitan­nya dalam bidang lakonan, Marilyn membawa beberapa watak kecil sebelum kembali menjadi peragawati dan paling dikenali merakam gambar bogel dalam sebuah kalendar pada 1949.

Sebagai pelakon, namanya mula meningkat naik pada 1950 selepas muncul memegang watak kecil dalam The Asphalt Jungle dan All About Eve.

Biarpun hanya watak perempuan simpanan dalam kedua-dua filem itu namun penonton begitu tertarik dengan imej seksinya.

Kerjayanya dalam bidang lakonan mula melonjak naik pada awal 1950an dalam lakonannya dalam filam Love

Nest (1951), Monkey Business

(1952) dan Niagara (1953).

Menjadi selebriti paling popular, Marilyn tidak terlepas dengan beberapa gosip cinta dan pernah dikaitkan menjalinka­n hubungan dengan beberapa individu berpengaru­h termasuk Robert Kennedy iaitu adik bekas Presiden AS, John F Kennedy.

 ??  ?? KERATAN muka
depan akhbar Los Angeles Times
yang melaporkan kematian Marilyn.
KERATAN muka depan akhbar Los Angeles Times yang melaporkan kematian Marilyn.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia