Harian Metro

Entrapment bawa ke KL

Cooper suka KLCC bukan sekadar beli-belah, tapi lokasi pertemuan budaya dari seluruh dunia

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Jejaka dari Brisbane, Australia ini sangat mengagumi Menara Berkembar Petronas,

KLCC selepas menonton filem yang menggunaka­n bangunan berkenaan sebagai jalan cerita. Malah, kerana bangunan itu juga beliau mengenali Malaysia sebelum memilih untuk menetap di negara ini untuk bekerja.

Selepas lebih dua tahun tinggal di Malaysia, beliau jatuh cinta pula dengan Kuala Lumpur kerana tertarik dengan kepelbagai­an budaya di ibu kota, selain menganggap bandar raya ini sebagai syurga makanan.

Kali pertama menjejakka­n kaki di Malaysia dan tujuannya?

Saya datang dua tahun enam bulan yang lalu selepas menerima arahan bertugas di tempat baru. Ketika ditanya majikan negara mana dalam wilayah tugasan yang saya pilih sebagai lokasi tempat tinggal, saya segera menyebut Malaysia.

Saya pernah tinggal di Singapura dan mendapati kos sara hidup amat tinggi walaupun untuk ekspatriat. Selain itu, Malaysia juga adalah hab penerbanga­n utama serantau membolehka­n saya pergi ke manamana negara dengan satu terminal.

Sejauh mana pengetahua­n anda mengenai Malaysia sebelum datang ke sini?

Saya mengetahui mengenai Malaysia selepas menonton filem Hollywood berjudul Entrapment, lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta-Jones. Filem itu menggunaka­n Menara Berkembar Petronas, KLCC sebagai lokasi penggambar­an utama.

Saya sangat tertarik dengan bangunan berkenaan dan mencari maklumat mengenainy­a. Menerusi pencarian, saya dapat tahu bangunan cantik ini terletak di Malaysia.

Cabaran yang anda lalui sepanjang menetap di Malaysia?

Cabaran terbesar saya adalah kesesakan lalu lintas yang bertambah buruk ketika waktu puncak. Oleh itu, saya lebih gemar menggunaka­n transit aliran ringan (LRT) untuk ke mana-mana.

Selain itu, ada sesetengah urusan dengan pejabat kerajaan mahupun swasta tidak boleh dilakukan secara dalam talian, sebaliknya memerlukan saya hadir ke pejabat berkenaan.

Pengalaman menarik sepanjang berada di Malaysia?

Ketika berada di KLCC, kerana bagi saya ia bukan sekadar tempat belibelah sebaliknya lokasi pertemuan budaya dari seluruh dunia. Malah, pelbagai makanan dari serata dunia juga boleh didapati di KLCC.

Menyaksika­n keindahan KLCC itu sendiri terutama pada waktu malam apabila bangunanny­a dilimpahi cahaya adalah pengalaman yang menarik. Sebab itu saya memilih kediaman yang menghadap KLCC supaya dapat melihat keindahan bangunan

itu setiap hari.

Destinasi kegemaran anda?

Kampung Baru yang terletak di tengah-tengah ibu kota. Saya akan mengunjung­i lokasi ini dua hingga tiga kali seminggu kerana banyak tempat makan yang menarik sekali gus memberi saya peluang mencuba pelbagai juadah yang sedap-sedap.

Selain itu, Kampung Baru juga unik kerana ia satu-satunya perkampung­an yang wujud selepas pembanguna­n. Saya juga dapat melihat kehidupan masyarakat Melayu di kampung berkenaan dan kagum dengan rumah tradisiona­l yang masih dipelihara sebagai warisan.

Biasanya, saya akan datang dengan menaiki LRT dari kediaman di

Jalan Ampang sebelum mencari kedai makan yang menarik atau singgah di pasar malam. Pada hujung minggu pula saya akan berjoging di sekitar kawasan Kampung Baru sebelum bersarapan.

Sajian tempatan pilihan anda?

Saya gemar mencuba semua makanan tempatan, tetapi paling suka nasi lemak dan rendang. Saya sering membeli nasi lemak berlauk yang dijual di tepi jalan berhampira­n kediaman.

Malaysia pada mata anda?

Malaysia tidaklah seburuk yang disangka. Ramai yang beritahu maklumat tidak betul berikutan ia negara Islam. Tetapi, selepas tinggal di sini saya dapati semua perkara buruk diberitahu mengenai Malaysia tidak benar.

Negara ini didiami pelbagai bangsa dan sudah tentunya banyak budaya. Kepelbagai­an budaya inilah yang unik kerana saya berpeluang mempelajar­i banyak perkara berkaitan budaya masing-masing. Tidak seperti negara asal saya yang hanya mempunyai satu budaya.

Rakyat Malaysia juga bertoleran­si dan menghormat­i agama, bangsa masing-masing apabila saya pernah melihat masjid yang didirikan berhampira­n gereja serta tidak berlaku sebarang persengket­aan akibat perkara itu.

 ??  ??
 ?? FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR ?? COOPER bersama keluarga yang mengunjung­inya bergambar di depan Menara Berkembar Petronas.
FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR COOPER bersama keluarga yang mengunjung­inya bergambar di depan Menara Berkembar Petronas.
 ??  ?? PROFIL
Nama: Christoper Cooper
Lahir: 23 September 1971
Warganegar­a: Australia
Status: Bujang Pekerjaan: Pengarah Jeunesse Global Wilayah Asia Pasifik & Afrika Kediaman:
Kuala Lumpur
PROFIL Nama: Christoper Cooper Lahir: 23 September 1971 Warganegar­a: Australia Status: Bujang Pekerjaan: Pengarah Jeunesse Global Wilayah Asia Pasifik & Afrika Kediaman: Kuala Lumpur
 ??  ?? MENCUBA baju Melayu ketika sambutan hari raya.
MENCUBA baju Melayu ketika sambutan hari raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia