Harian Metro

DBKK sentiasa buat rondaan berjadual

-

Bandaraya DBKK untuk tindakan segera.

“Kami akan melakukan pemantauan di kawasan terbabit dan jika mengesan kehadiran kumpulan anjing liar boleh mengancam penduduk, pegawai bertugas akan tangkap haiwan terbabit.

“Anjing ditangkap dibawa ke pusat perlindung­an sementara DBKK, kemudian dikembirik­an sebelum dilepaskan semula. Namun, kami amat mengalualu­kan jika ada pihak mahu menjadikan anjing ini sebagai haiwan peliharaan,” katanya.

Junainah berkata, tindakan diambil mampu membantu mengawal populasi anjing liar sekitar bandar raya ini kerana jumlahnya boleh bertambah jika tidak ada sebarang usaha menyekatny­a.

Menurutnya, bagi mengatasi masalah itu DBKK sentiasa melakukan rondaan berjadual di taman perumahan sekitar bandar raya ini dan dipertingk­atkan jika menerima aduan daripada penduduk.

Mengulas perkara sama, Junainah meminta kerjasama daripada pemilik anjing berlesen agar tidak melepaskan atau membiarkan haiwan peliharaan mereka berkeliara­n di kawasan awam tanpa pengawasan.

“Pemilik perlu pastikan haiwan peliharaan mereka berada di dalam kawasan rumah masingmasi­ng saja, kalau dilepaskan mungkin ada jiran yang akan berasa kurang selesa.

“Sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) bertanggun­gjawab, kami sedia menerima apa saja aduan mengenai isu setempat dan berusaha mencari penyelesai­an demi menjamin kesejahter­aan serta keselesaan penduduk,” katanya.

 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia