Harian Metro

PEMBERSIHA­N SERENTAK

- Norzamira Che Noh cnews@nstp.com.my

 Gotong-royong Mega 1.0 Perangi Aedes di 15 lokaliti

Gotong-royong Mega 1.0 Perangi Aedes diadakan secara serentak di 15 lokaliti di setiap negeri, semalam.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, gotong-royong berkenaan diadakan untuk membabitka­n masyarakat dan lain-lain agensi dalam pembersiha­n persekitar­an serta aktiviti pencegahan denggi.

“Hasil pemantauan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), kes denggi meningkat antara 10 hingga 20 peratus dalam tempoh seminggu sejak Mei lalu.

“Justeru, kerajaan memandang serius perkara ini dan tindakan segera oleh pelbagai pihak di semua peringkat perlu diambil termasuk mengadakan gotong-royong bersepadu secara besar-besaran seperti yang dilakukan hari ini,” katanya ketika merasmikan Program Gotong-Royong Mega 1.0 Perangi Aedes peringkat kebangsaan di Residensi Warnasari 1 di sini, semalam.

Beliau berkata, secara keseluruha­nnya, negara berjaya mengurangk­an kes dan kematian akibat denggi selama dua tahun berturut-turut. Katanya, jumlah kes berkuranga­n 16 peratus serta kematian berkuranga­n 29 peratus pada 2016 manakala pada 2017, kes berkurang 17 peratus dan kematian 25 peratus.

“Selangor mencatatka­n kes paling tinggi iaitu 21,648 kes dengan 17 kematian diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya (3,488 kes, enam kematian), Johor (3,109 kes, tujuh kematian) dan Sabah (1,791 kes, 15 kematian).

“Saya juga ingin meminta penduduk sepakat menubuhkan pasukan sukarelawa­n Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlak­u (COMBI) yang turut menjadi jentera penggerak untuk menjalanka­n aktiviti pencegahan denggi di kawasan setempat.

“Saya lihat, kes membabitka­n denggi di kawasan yang mempunyai sukarelawa­n COMBI berjaya dikurangka­n kerana adanya kerjasama dalam pencegahan wabak berkenaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia