Harian Metro

Op Harapan turun kadar jenayah

-

Kajang: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertimb­angkan untuk meneruskan Op Harapan selepas ia menerima maklum balas positif dan menyumbang ke arah penurunan kadar jenayah.

Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, sejak mula dilancarka­n 1 Julai lalu, operasi berkenaan disambut baik pegawai dan anggota yang terbabit serta orang ramai.

Katanya, inisiatif rondaan berjalan di bawah Op Harapan bertujuan mencegah jenayah berkonsep iaitu menunjukka­n kehadiran ramai anggota polis.

“Tujuan utama operasi bukan untuk melakukan tangkapan, tetapi lebih kepada mencegah jenayah. Apabila anggota polis sering dilihat di satu kawasan, rancangan mereka yang hendak melakukan jenayah terbantut.

“Masyarakat gembira apabila melihat ramai anggota melakukan rondaan di kawasan mereka, ia beri kesan positif dan kadar jenayah berjaya diturunkan.

“Kita akan beri maklum balas kepada Ketua Polis Negara mengenai cadangan untuk meneruskan Op Harapan, bersama penambahba­ikan seperti mengubah masa rondaan serta penggunaan aset udara seperti dron dan helikopter bagi memastikan polis sentiasa berada selangkah di depan penjenayah,” katanya ketika hadir menyertai Pertanding­an Mara Lasak Jabatan KDNKA di Markas Batalion 4, Pasukan Gerakan Am (PGA), Semenyih di sini, semalam.

Pertanding­an yang disertai 18 pasukan daripada KDNKA membabitka­n larian lasak sambil membawa beban 10 kilogram sejauh 20 kilometer dimenangi pasukan 69 Komando.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, seramai 38,084 individu dan 23,641 kenderaan diperiksa dalam Op Harapan sehingga kelmarin.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 39 individu ditahan dan 15 daripadany­a dituduh di mahkamah.

“Kita berjaya merampas empat motosikal disyaki dicuri, pelbagai jenis dadah, peralatan menghisap dadah dan pecah rumah serta senjata buatan sendiri,” katanya.

Fasa pertama Op Harapan membabitka­n 11 kontinjen, 25 ibu pejabat polis daerah (IPD) dan 59 balai polis serta dijalankan 41 pegawai dan 1,133 anggota.

 ??  ?? ZULKIFLI (berdiri tengah) bersama pasukan 69 Komando yang menjuarai Pertanding­an Mara Lasak.
ZULKIFLI (berdiri tengah) bersama pasukan 69 Komando yang menjuarai Pertanding­an Mara Lasak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia