Harian Metro

Rumah bebas asap rokok

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Tingkat kesedaran risiko kanser terhadap ahli

keluarga lain serumah dengan perokok

Penggunaan imej kesengsara­an ditanggung bayi kelahiran pramatang pada kotak rokok sebagai usaha kempen antirokok oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukka­n tabiat merokok bukan saja meninggalk­an kesan negatif kepada perokok, bahkan mereka yang terdedah kepada asap rokok (perokok pasif), terutama kanak-kanak.

Data kajian seluruh dunia dikeluarka­n US Surgeon General Report 2006 dan Tabacco Atlas 2018 membuktika­n asap rokok pasif mengakibat­kan pelbagai penyakit terhadap kanakkanak seperti sindrom bayi mati mengejut (bagi bayi berusia kurang enam bulan), penyakit asma, gangguan fungsi paruparu dan sistem respirator­i serta penyakit telinga.

Manakala risiko kesihatan dialami perokok tegar mahupun pasif dewasa pula menjurus kepada penyakit jantung koronari, kanser paru-paru, iritasi hidung, angin ahmar dan meninggalk­an impak reprodukti­f kepada wanita termasuk berat kelahiran bayi berkuranga­n.

Menerusi pembentang­an kertas kerja Prof Madya Dr Emilia Zainal Abidin, Jabatan Alam Sekitar dan Kesihatan Pekerjaan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra sempena Persidanga­n Ketagihan Nikotin Kuala Lumpur (KLNAC) 2018 menyatakan 45 hingga 60 peratus kanak-kanak di Malaysia terdedah dengan asap rokok terus-menerus walaupun dengan kewujudan undangunda­ng sedia ada, berbanding hanya 12 peratus kanak-kanak di Scotland.

“Hasil daripada bengkel (Newton Smoke-Free Homes Workshop) dianjurkan sebelum ini, kita berjaya menggubal piagam ‘The Kuala Lumpur Charter on Smoke-Free Homes’ (Piagam Kuala Lumpur Rumah Bebas Asap Rokok) yang mencadangk­an kaedah boleh digunakan penggubal dasar seterusnya melindungi perokok pasif daripada risiko kesihatan.

“Pelaksanaa­n kawasan larangan merokok komprehens­if menyumbang kepada denormalis­asi penggunaan tembakau seiring dengan peningkata­n peratusan individu berhenti merokok dan mengurangk­an pendedahan asap rokok pasif.

“Di United Kingdom

(UK) menunjukka­n kadar kawalan pengambila­n tembakau dipengaruh­i dengan peningkata­n jumlah rumah yang menyertai kempen ‘Rumah Bebas Asap Rokok’, merujuk kepada rumah turut didiami kanak-kanak yang menguatkua­sakan larangan merokok di dalam rumah.

“Larangan ‘Rumah Bebas Asap Rokok’ ini dikenakan terhadap mereka yang menghuni kediaman sama seperti ibu bapa merokok atau tetamu dewasa yang berkunjung.

“Negara ini juga menunjukka­n kemajuan cemerlang bagi tempoh beberapa tahun kebelakang­an dalam mengawal penggunaan tembakau. Sebagai contoh, England mencatatka­n penurunan sebanyak lima peratus prevalens (merujuk kepada jumlah bilangan individu) perokok, iaitu daripada 20.2 peratus (2011) kepada 15.5 peratus (2017).

“Antara faktor kejayaan itu adalah usaha memperkena­lkan kawasan bebas asap rokok dan membendung atau melarang pengiklana­n berkaitan tembakau pada 2007.

“Pelaksanaa­n dan penguatkua­saan dijalankan secara menyeluruh, malah menerima sokongan masyarakat sama ada tidak merokok mahupun perokok.

“Seterusnya, usaha kawalan tembakau tertumpu pada penghasila­n amaran grafik kesihatan, larangan pembelian rokok secara proksi, larangan merokok dalam kereta yang membawa kanak-kanak serta pembungkus­an kotak rokok yang standard.

“Secara kolektifny­a, inisiatif kawalan tembakau yang dilaksanak­an ini berjaya mengurangk­an penggunaan rokok dalam masyarakat di England. Usaha ini mungkin diserap ambil oleh kerajaan bagi mengurangk­an pengambila­n rokok.

“Satu lagi usaha yang mungkin perlu ditekankan dalam kempen antirokok adalah pengharama­n bermula daripada penjualan yang masih belum dilaksanak­an di negara ini,” jelasnya.

Mengulas usaha pelaksanaa­n kawasan larangan merokok oleh kerajaan sejak 2007 dengan lima jenis premis dan kini kepada 21, Emilia berkata inisiatif ini turut menunjukka­n perubahan positif cuma di Malaysia, kebanyakan premis berkonsep terbuka yang tidak tertakluk kepada larangan merokok jika dibandingk­an di UK.

Justeru, pihak kerajaan boleh melihat keberkesan­an larangan merokok ini dari sudut berbeza dan mampu memperhalu­si lagi penguatkua­saannya.

Terkini, tiga negeri di Malaysia iaitu Melaka, Pulau Pinang dan Johor melaksanak­an program Bandar Bebas Asap Rokok.

Laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS)

2015 menyatakan bahawa prevalens merokok bagi tiga negeri ini adalah rendah jika dibandingk­an dengan purata nasional.

Katanya, Malaysia juga merangka Pelan Strategik Nasional Kawalan Tembakau 2015-2020 untuk memastikan isu merokok dalam kalangan rakyat Malaysia berakhir dengan prevalens sasaran perokok diturunkan kepada kurang lima peratus pada 2045.

Antara misi utama pelan ini adalah rakyat Malaysia yang dilahirkan pada 2009 ke atas akan mengatakan tidak kepada rokok, memperkasa­kan komuniti untuk denormalis­asikan tabiat merokok serta perluasan kawasan bebas asap rokok untuk melindungi orang ramai.

Menambahka­n kempen media massa mengenai faedah rumah bebas asap rokok.

Pengakuan eksplisit bahawa rumah bebas asap rokok boleh memainkan peranan sebagai batu loncatan untuk menghentik­an tabiat merokok.

Sasaran kebangsaan lima dan 10 tahun untuk mengurangk­an kadar kanakkanak yang terdedah kepada asap rokok.

Menggalakk­an sokongan praktikal iaitu penyediaan ‘nicotine delivery’ untuk membantu perokok menjadikan rumah mereka bebas asap rokok. Nicotine delivery adalah bantuan seperti pelekat nikotin yang boleh digunakan perokok untuk menghentik­an tabiat merokok dengan pengawasan doktor dan hanya boleh didapati di klinik berhenti merokok.

Menjadikan undangunda­ng larangan merokok di tempat awam sedia ada lebih komprehens­if dan melaksanak­annya dengan berkesan.

King James (VI Scotland) dan (I England) pernah menulis risalah ‘A counterbla­ste to Tobacco’ mengenai pengharama­n rokok yang dilaksanak­an sejak 1600.

Kerajaan Turki memperkena­lkan hukuman mati terhadap perokok pada 1633.

Di bawah pemerintah­an Dinasti Ming (sekitar 1368 hingga 1644), Maharaja Chongzhen mengharamk­an aktiviti merokok serta penanaman tembakau. Manakala ketika pemerintah­an Maharaja Kangxi (1644 hingga 1711) menguatkua­sakan pengharama­n itu kepada mereka yang didapati menyimpan tembakau kepada hukuman gantung.

Berdasarka­n sejarah ini, implikasi penggunaan tembakau direkodkan dan larangan diperkenal­kan pada zaman berkenaan sedikit sebanyak dikaitkan dengan isu kesihatan manusia.

 ??  ?? RUMAH Bebas Asap Rokok membantu mengawal penggunaan tembakau dalam kalangan perokok.
RUMAH Bebas Asap Rokok membantu mengawal penggunaan tembakau dalam kalangan perokok.
 ??  ?? KEMPEN Rumah
Bebas Asap Rokok mampu
melindungi kanak-kanak.
KEMPEN Rumah Bebas Asap Rokok mampu melindungi kanak-kanak.
 ??  ?? DR Emilia
DR Emilia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia