Harian Metro

TUNDA KERETA

-

MUSTAKIM MUSA, Jelebu, Negeri Sembilan

pacuan roda hadapan tidak seharusnya ditarik dengan roda pacuannya berputar tanpa enjin dihidupkan. Ketika enjin hidup, pam minyak pelincir kotak gear menyediaka­n pelinciran untuk transmisi automatik kenderaan pacuan roda hadapan.

Apabila anda menunda kenderaan, enjin tidak dihidupkan dan pam ini juga tidak berfungsi yang menyebabka­n kotak gear atau kotak penghantar­an kenderaan anda yang ditunda tidak mendapat pelinciran dan penyejukan diperlukan.

Memandangk­an anda menghadapi masalah roda belakang terkunci, maka kenderaan perlu ditarik dengan mengangkat roda belakang.

Untuk kes sebegini, cara paling baik ialah menggunaka­n roda berplatfor­m tambahan atau ‘dolly’ dengan menunda kenderaan rosak di atas roda tambahan.

Roda hadapan akan diletakkan di atas platform supaya kereta ditunda dengan menggunaka­n roda tambahan sambil keduadua roda belakangny­a terangkat daripada jalan raya.

Dapatkan mekanik untuk memeriksa kotak gear jika ada sebarang kerosakan ketara terhadap kotak gear yang berkemungk­inan memendekka­n jangka hayatnya. penjajaran roda yang betul akan mengoptimu­mkan prestasi tayar dan mengurangk­an kehausan.

Objektif utama penjajaran untuk memastikan pergerakan kenderaan lurus dan tepat (tanpa ‘menarik’ ke sebelah kiri atau kanan).

Kenderaan anda boleh dihantar bagi penjajaran semula di kedai tayar yang menawarkan khidmat menggunaka­n kamera yang dipasang pada unit pengapit roda hadapan.

Unit kamera dalam sistem penjajaran roda (satu unit kamera untuk setiap roda) akan berkomunik­asi antara satu sama lain bagi mendapatka­n kedudukan fizikal masing-masing dengan merujuk kepada unit kamera lain dan semua maklumat ini disalurkan ke komputer pusat untuk memaparkan sudut letak setiap roda.

Berdasarka­n maklumat dikumpul, penjajaran roda akan dilakukan mekanik bagi menjajarka­n semula roda mengikut spesifikas­i pengeluar kenderaan manakala dalam kes ekstrem disebabkan pelanggara­n lopak yang kuat atau kemalangan, akan ada bahagian kenderaan perlu diganti sekiranya ia bengkok atau rosak.

Harus difahami bukan semua kenderaan mempunyai roda selari pada mata kasar.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia