Harian Metro

TUKAR CARA KEMPEN

- Mohd Azrone Sarabatin dan Mohd Nasaruddin Parzi cnews@nstp.com.my

Barisan Nasional (BN) perlu mengubah pendekatan kempen dengan menumpukan isu dan permasalah­an dihadapi penduduk tempatan bukannya isu nasional.

Penganalis­is Politik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Syed Agil Syed Alsagoff berkata, BN dan UMNO perlu mengekalka­n tradisi kempen mereka selama ini yang mengetenga­hkan isu setempat terutama dalam Pilihan Raya Kecil (PRK).

Beliau berkata, kaedah itu jauh lebih berkesan untuk PRK terutama bagi Sungai Kandis yang hanya membabitka­n kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) saja.

“Itu lebih baik untuk menarik sentimen pengundi menyokong mereka. Kaedah itu dilihat tidak begitu diutamakan dalam kempen BN kali ini.

“Saya kira dalam banyak PRK, isu tempatan menjadi antara topik begitu dekat di hati pengundi berbanding isu nasional,” katanya.

Biarpun mengakui kedudukan DUN Sungai Kandis berdekatan pusat bandar raya Shah Alam, Syed Agil berkata, sebahagian kawasan di DUN Sungai Kandis masih kawasan perkampung­an atau desa.

“Sebab itu, isu tempatan seharusnya menjadi keutamaan. BN perlu mengenal pasti masalah setempat yang boleh dijuarai berbanding membawa sentimen nasional yang dilihat tidak begitu berupaya menarik sentimen pengundi di sana,” katanya.

Beliau berkata, isu nasional dilihat terlalu subjektif bagi penduduk, sekadar membentuk sentimen kebencian, namun ia belum tentu berupaya mengubah undi seseorang.

Bagi pensyarah kanan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Madya Dr Ismail Sualman berkata, DUN Sungai Kandis memerlukan penekanan terhadap isu setempat.

Biarpun DUN berkenaan menggabung­kan kawasan bandar dan pinggir bandar, namun sentimen masyarakat di sana masih mahukan isu seperti pembanguna­n berlebihan diambil perhatian wakil rakyatnya.

Sejak hari pertama kempen, calon BN, Datuk Lokman Noor Adam akui mahu membawa isu nasional seperti kedudukan institusi Islam, Yang Dipertuan Agong serta orang Melayu sebagai bahan

Pendekatan itu jelas berbeza dengan kempen calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, yang bertumpu kepada penyelesai­an beberapa isu tempatan seperti masalah infrastruk­tur jalan, air dan saluran perparitan, selain pembanguna­n modal insan dan wanita.

Sementara itu, Penyokong BN, dari Kampung Pandan, Klang, Ramli Ahmad, 66, berkata, BN seharusnya menumpukan kepada strategi menawan pengundi bukan memperkeci­lkan isu tempatan yang dibangkitk­an PKR.

Beliau berkata, tindakan Lokman yang dilaporkan menafikan isu seperti kebersihan seperti sampah, longkang tersumbat tidak seharusnya diperkecil­kan.

“Kita akui PKR sukar digugat di DUN Sungai Kandis,

kempennya. namun jika cara berkempen disukai rakyat tidak mustahil BN boleh merampas kerusi berkenaan,” katanya.

PRK Sungai Kandis diadakan selepas kematian wakil rakyatnya, Mat Shuhaimi Shafiee, 50, pada 2 Julai lalu akibat kanser limfoma.

Pertembung­an tiga penjuru itu turut membabitka­n calon Bebas, K Murthy.

Pada PRU-14, DUN Sungai Kandis menyaksika­n pertembung­an empat penjuru dengan Mat Shuhaimi mempertaha­nkan kerusinya apabila mengalahka­n calon BN, Datuk Kamaruzzam­an Johari, calon PAS, Mohd Yusof Abdullah, dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin.

Mat Shuhaimi meraih 23,998 undi dengan majoriti 12,480 undi, mengalahka­n Kamaruzzam­an (11,518 undi), Mohd Yusof (7,573 undi) dan Hanafiah (76 undi).

BN perlu beri keutamaan isu tempatan pikat sentimen pengundi

Tidur hanya tiga atau empat jam sehari sejak seminggu lalu tidak mematahkan semangat jentera PKR untuk terus memantapka­n kempen PRK DUN Sungai Kandis.

Seorang Ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, jentera utama parti itu bekerja keras bagi memastikan kempen calon, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berjalan lancar.

“Bermula jam 5 pagi, calon hadir bersama rakyat untuk solat Subuh berjemaah disusuli pelbagai program kempen sehingga lewat malam,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia