Harian Metro

RANAP TERUS

- Abdul Rahemang Taiming cnews@nstp.com.my

Tiga rumah atas air roboh dirempuh tongkang

penghuni daripada tiga keluarga hilang tempat tinggal, namun semua dapat menyelamat­kan diri, kecuali seorang mangsa dilaporkan cedera ringan selepas terjatuh dari jambatan.

Difahamkan, ketika kejadian tiada pekerja atau kru berada di atas tongkang terbabit.

Mangsa, Rosnina Mohamed, 30, berkata, ketika kejadian keadaan angin kuat dengan hujan lebat dan laut bergelora.

Katanya, ketika berada dalam rumah bersama suami, Syarifudin Mohd Tawil, 35, dan empat anak, tiba-tiba terdengar bunyi siren amaran bertalu-talu dari kapal tunda dan kapal lain tidak jauh dari perkampung­an itu.

“Kami segera keluar rumah dan melihat kapal tongkang sudah begitu hampir dengan rumah sebelum kami sekeluarga lari menyelamat­kan diri.

“Kejadian berlaku dengan pantas, tongkang itu umpama melibas rumah kami hingga bersepai, namun syukur kerana kami anak-beranak terselamat, begitu juga bapa dan ahli keluarga lain di rumah sebelah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Bapa Rosnina, Mohamed Kasim, 52, yang rumahnya turut ranap dalam kejadian itu berkata, apa yang berlaku mengakibat­kan rumah yang didiaminya selama hampir 20 tahun musnah sama sekali.

Katanya, dia yang kematian isteri hampir tiga minggu lalu, sepatutnya merancang mengadakan kenduri tahlil pada malam hari ini, tetapi terpaksa dibatalkan kerana rumah sudah roboh.

“Apa boleh buat kerana kita hanya mampu merancang, kami sekeluarga sangat terkejut dengan kejadian yang pertama kali berlaku di kawasan perkampung­an atas air ini,” katanya dengan nada sedih, namun bersyukur kerana semua 14 ahli keluargany­a selamat.

Mohamed berkata, buat masa ini dia sekeluarga menumpang berteduh di rumah jiran, sementara menunggu rumah baru dibina semula.

Difahamkan, pemilik ketiga-tiga rumah bersama pemilik kapal tongkang sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

 ??  ?? KEADAAN rumah yang ranap dirempuh tongkang.
KEADAAN rumah yang ranap dirempuh tongkang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia