Harian Metro

"Konspirasi terancang jatuhkan saya"

 Tun M dakwa Malaysia mungkin tanggung tambahan hutang RM300b jika BN menang PRU14

- - Idris Haron

Anda melakukan tanggungja­wab yang baik untuk singkirkan Najib. Jika beliau menang, kami yang akan menanggung hutang RM300 bilion lagi”

Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Malaysia mungkin menanggung lebihan hutang RM300 bilion jika Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Perdana Menteri berkata, hutang itu terhasil berikutan BN perlu meminjam lebih banyak daripada liabiliti yang kini merekodkan RM1 trilion hanya untuk merealisas­ikan beberapa janji dalam manifesto parti itu.

Justeru, Dr Mahathir berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana mengundi untuk menjatuhka­n BN yang sudah lama memerintah selama enam dekad.

“Anda melakukan tanggungja­wab yang baik untuk singkirkan Najib. Jika beliau menang, kami yang akan menanggung hutang RM300 bilion lagi.

“Persoalann­ya, di mana Najib akan dapatkan wang itu? Semua orang tahu beliau akan terus meminjam dan jika beliau membuat pinjaman, tindakanny­a itu cuma akan menambah hutang,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama Malay Mail, semalam.

Mengulas tindakan Najib itu, Dr Mahathir berkata, bekas Perdana Menteri yang juga bekas Pengerusi BN itu berjanji memberi peruntukan antara RM60 bilion dan RM80 bilion bagi setiap negeri jika BN memenangi Putrajaya pada PRU14.

Bagaimanap­un, Dr Mahathir tidak menjelaska­n lebih lanjut mengenai hutang dan peruntukan berkenaan.

Katanya, hutang melebihi 80 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, sekali gus menafikan dakwaan Najib.

“Orang tidak kira, anda lihat? Najib kata kita berada dalam had pinjaman, tetapi tidak. Ia melebihi had itu,” katanya.

Dr Mahathir turut menggelar Najib sebagai pembohong berikutan tidak tahu penyelewen­gan dalam syarikat 1MDB, kononnya dirahsiaka­n daripadany­a.

Dalam wawancara itu, Dr Mahathir berkata, tidak masuk akal bagi seseorang mengarahka­n RM2 bilion dipindahka­n ke dalam akaunnya, tetapi pada masa sama enggan dimaklumka­n mengenai transaksi itu.

“Siapa yang mahu mempercaya­i Najib bahawa beliau tidak tahu, ketika beliau turunkan tandatanga­nnya (namanya)? Segala wang yang masuk dan keluar daripada pinjaman pertama sebanyak RM42 bilion, semua ada tandatanga­nnya.

“Kalau dia tidak tahu, beliau mesti tidak faham apa makna tandatanga­n. Najib selalu menganggap orang bodoh,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia