Harian Metro

Pindah jika kritikal

 Insiden tanah runtuh hanya beberapa meter dari rumah panjang

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@nstp.com.my

“Setakat ini, katanya, tiada sebarang pergerakan baharu dikesan di kawasan tanah runtuh berkenaan namun pemantauan berterusan akan tetap

dijalankan

Jurucakap JBPM Sarawak Penduduk dinasihatk­an bersedia untuk berpindah jika runtuhan menjadi kritikal bagi mengelak risiko”

Jurucakap JBPM Sarawak

Hujan lebat sejak jam 5 pagi semalam, menyebabka­n tanah runtuh berlaku di kawasan berhampira­n Rumah Panjang Encik Nambi, di sini.

Kejadian disedari ketua rumah panjang berkenaan pada jam 9 pagi sebelum memaklumka­n kepada bomba untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, tanah runtuh berlaku hanya beberapa meter dari rumah panjang berkenaan sehingga menggempar­kan penduduk.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu jam 10.01 pagi selepas ketua rumah panjang berkenaan datang ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota kemudian bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalanka­n operasi pemantauan.

“Tanah runtuh berlaku selepas strukturny­a lemah berikutan hujan lebat sejak jam 5 pagi.

“Kejadian menyebabka­n kawasan seluas 56 meter persegi terjejas dan ia berlaku beberapa meter dari rumah panjang berhampira­n,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Jurucakap itu berkata, pasukan bomba, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan sebuah syarikat kontraktor yang dipanggil mengambil tindakan segera dengan menutup kawasan runtuhan menggunaka­n kanvas bagi mengelak kawasan terjejas lebih besar.

Setakat ini, katanya, tiada sebarang pergerakan baharu dikesan di kawasan tanah runtuh berkenaan namun pemantauan berterusan akan tetap dijalankan.

“Penduduk dinasihatk­an bersedia untuk berpindah jika runtuhan menjadi kritikal bagi mengelak risiko kecederaan dan kehilangan nyawa,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba memantau keadaan tanah runtuh di kawasan berhampira­n Rumah Panjang Encik Nambi.
ANGGOTA bomba memantau keadaan tanah runtuh di kawasan berhampira­n Rumah Panjang Encik Nambi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia