Harian Metro

Nahas tiga sepupu

-

Pasir Puteh: Tiga sepupu yang dalam perjalanan beraya ke rumah saudara mereka di Terengganu terbabit kemalangan di Kilometer 4 Lebuhraya Pasir Puteh-Jeli, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi, kereta dinaiki Muhamad Aris Aizaq Mohd Dahuri, 16, Muhamad Farhan Abdul Rahman, 19, dan Muhamad Aswadi Mohd Khaidir, 20, terbabas seterusnya melanggar pokok.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh Azhar Elmi Mustofar berkata, tiga sepupu itu dalam perjalanan ke Jertih dari rumah mereka di Kampung Bukit, Gaal.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta Perodua Myvi dipandu Muhamad Aswadi terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar pokok.

“Akibat rempuhan kuat, kereta itu remuk teruk dan Muhamad Aris yang duduk di bahagian penumpang belakang patah tangan manakala dua lagi terselamat,” katanya.

Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan jam 8 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian bersama enam anggota dan sebuah jentera.

Katanya, sebaik tiba, semua mangsa sudah dikeluarka­n penduduk dan dihantar ke Hospital Tengku Anis untuk rawatan lanjut.

Seorang lelaki warga asing nekad memandu dalam keadaan melawan arus dan cuba membuat pusingan U di hadapan Taman Kelisa, Mergong dalam usaha melarikan diri dalam sekatan polis.

Bagaimanap­un, tindakan warga Myanmar berusia 35 tahun itu gagal apabila dia ditahan sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Daerah (BSPTD) Kota Setar, kelmarin.

Malah, pemeriksaa­n lanjut menemui dadah dalam kereta Proton Saga dipandu lelaki yang menetap di Kampung Berjaya.

Dalam kejadian jam 4 petang, suspek dikesan anggota polis yang bertugas dalam Op Motosikal/Op Selamat 13/2018

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia