Harian Metro

Hak gubal undang-undang minyak

-

Putrajaya: Mahkamah Persekutua­n semalam diberitahu, Parlimen secara eksklusif diberi hak dan kuasa perundanga­n untuk menggubal undang-undang berkaitan minyak dan bidang minyak di negara ini berdasarka­n peruntukan dalam perlembaga­an.

Peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam hujahnya berkata, ia berdasarka­n kepada peruntukan Perkara 8(j) Jadual Kesembilan Perlembaga­an Persekutua­n.

Katanya, Akta Kemajuan Petroleum 1974 menimbangk­an hak pemilikan petroleum ke dalam syarikat minyak nasional yang kemudianny­a akan mengawal aktiviti huluan sumber minyak dan gas di negara ini.

Katanya, sebelum akta itu berkuat kuasa, aktiviti huluan membabitka­n penerokaan dan eksploitas­i sumber minyak dan gas di Sarawak dikawal selia oleh Ordinan Perlombong­an Minyak Sarawak 1958.

Katanya, mengikut Seksyen 73(3) Akta Malaysia 1963, ordinan itu menjadi undang-undang persekutua­n kerana ia membabitka­n perkara di bawah senarai persekutua­n.

“Akta Pembanguna­n Petroleum secara tersiratny­a memansuhka­n Ordinan Perlombong­an Minyak,” katanya.

Malik Imtiaz berkata demikian melalui hujah dikemukaka­n Petronas dalam permohonan difailkan syarikat minyak nasional itu untuk kebenaran memulakan prosiding bagi mendapatka­n perisytiha­ran bahawa Akta Kemajuan Petroleum digubal dengan sewajarnya oleh Parlimen.

Ia juga memohon perisytiha­ran bahawa pengerusi dan ketua eksekutif Petronas memiliki kuasa kawal selia terhadap aktiviti huluan dan bahawa Ordinan Perlombong­an Minyak Sarawak dimansuhka­n secara tersirat oleh akta berkenaan. - BERNAMA

 ??  ?? MALIK Imtiaz menjawab soalan wartawan di Mahkamah Persekutua­n.
MALIK Imtiaz menjawab soalan wartawan di Mahkamah Persekutua­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia