Harian Metro

Penjara lima bulan mengaku pecah rumah Sindiket nikah Thailand makin

- Sharifah Mahsinah Abdullah am@hmetro.com.my

Seorang penganggur dihukum penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan pecah masuk sebuah rumah dan mencuri pelbagai barangan, tahun lalu.

Majistret Zuhair Rosli menjatuhka­n hukuman itu terhadap Ahmad Zaid Zainal, 24, selepas tertuduh mengaku salah sebaik saja pertuduhan dibacakan kepadanya.

Mahkamah memerintah­kan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 20 Jun lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan pecah rumah dan mencuri wang tunai RM250, rantai emas, gelang tangan dan beg sekolah yang keseluruha­nnya berjumlah RM20,250.

Semakin ramai pasangan tempatan yang mahu bernikah di selatan Thailand memilih untuk mengikuti prosedur sah berbanding menerusi perkhidmat­an sindiket.

Malah, Naib Presiden Majlis Agama Islam Narathiwat Abdul Aziz Che Mamat berkata, pihaknya dimaklumka­n kumpulan sindiket yang menguruska­n pernikahan pasangan dari Malaysia semakin berkuranga­n.

Katanya, sebelum ini terdapat kira-kira 10 kumpulan dikenal pasti membawa masuk pasangan ke seberang, namun jumlah itu menurun hampir separuh disebabkan kekurangan permintaan.

“Kita menerima maklumat sindiket begini sudah tidak begitu aktif, jumlahnya mengecil disebabkan kekurangan permintaan.

“Hanya ada saki baki yang masih beroperasi membawa pasangan dari Terengganu, Pahang dan negeri berdekatan.

“Semakin ramai pasangan dari Malaysia memilih untuk disatukan sama ada di pejabat kami atau terus ke pejabat Konsul Malaysia di Songkhla kerana prosesnya lebih mudah,” katanya.

Abdul Aziz berkata, beliau lega apabila pasangan kurang menggunaka­n khidmat sindiket kerana kegiatan kumpulan itu menjadi masalah utama pihaknya sejak bertahun-tahun lalu.

“Dengan ketiadaan mereka, kami berharap mendapat semula keyakinan pasangan Malaysia untuk bernikah di pejabat kami terutama dari negeri di pantai timur.

“Majlis juga membuka sebuah cawangan di Pekan Sungai Golok, sejak dua tahun lalu bagi memberi kemudahan kepada pasangan Malaysia yang mahu bernikah,” katanya yang memberitah­u 10 hingga 15 pasangan tempatan dinikahkan di pejabat itu, setiap bulan.

Beliau berkata, majoriti pasangan adalah mereka yang berpoligam­i dan jumlahnya menurun ke lima pasangan

 Bilangan pasangan tempatan mahu disatukan di negara jiran guna prosedur sah meningkat

 ?? Abdul Aziz Che Mamat ?? Semakin ramai pasangan dari Malaysia memilih disatukan sama ada di pejabat kami atau ke pejabat Konsul Malaysia di Songkhla kerana proses lebih mudah”
Abdul Aziz Che Mamat Semakin ramai pasangan dari Malaysia memilih disatukan sama ada di pejabat kami atau ke pejabat Konsul Malaysia di Songkhla kerana proses lebih mudah”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia