Harian Metro

Duit lebur,HARIAN emas ghaib

- Shahrinnah­ar Latib news@nstp.com.my

 Guru rugi RM45,000 ditipu sindiket pelaburan, janji dividen RM4,000 sebulan

Teruja dengan janji memperoleh keuntungan dividen sebanyak RM4,000 sebulan menyebabka­n seorang guru lelaki kerugian RM45,000 selepas ditipu sindiket pelaburan emas sejak empat tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superinten­dan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian bermula pada Jun 2014 apabila mangsa berusia 33 tahun tertarik untuk menyertai pelaburan emas atas nama Terima Emas Berdiskaun diperkenal­kan seorang lelaki melalui laman sosial Facebook (FB).

“Mangsa kemudian memasukkan wang RM65,000 ke dalam akaun suspek pada 17

Jun 2014. Namun, Kuala Lumpur: Cari duit raya melalui aktiviti menjual dadah heroin dan syabu kepada rakan-rakan. Itu antara kegiatan enam lelaki yang ditahan polis di dua lokasi berasingan di Kampung Setia Jaya, Wangsa Maju, di sini, Isnin lalu.

Dalam serbuan pertama dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, polis menahan seorang lelaki berusia 32 tahun di Jalan Jaya 2, Kampung Setia Jaya, Wangsa Maju, di sini, jam 3.40 petang.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superinten­dan mangsa hanya menerima pulangan wang berkenaan secara berperingk­at sebanyak RM20,000 dan kali terakhir diterima pada Ogos 2015.

“Pada September 2015, suspek memberitah­u mangsa, dia mempunyai masalah kewangan dan akan cuba untuk membuat bayaran secepat mungkin, namun mangsa tidak menerima apa-apa pulangan sehingga hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Mohd Wazir berkata, guru itu kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut, Selasa lalu, selepas tidak memperoleh pulangan seperti dijanjikan suspek.

Katanya, mangsa cuba menghubung­i suspek sejak November lalu, namun gagal.

Sementara itu, dalam kes

berasingan, seorang wanita berusia 33 tahun kerugian RM7,700 selepas diperdaya sindiket yang menawarkan pelbagai hadiah mewah di sini Mac lalu.

Mohd Wazir berkata, mangsa yang tinggal di FELDA Bukit Sagu dekat sini, berkenalan dengan seorang lelaki melalui laman sosial FB pada Mac lalu.

“Suspek menggunaka­n nama Halim Alex yang mendakwa berasal dari Brunei dan bekerja di England. Suspek memaklumka­n mangsa kononnya dia menghantar bungkusan mengandung­i beg, telefon bimbit dan jam tangan untuk mangsa.

“Rakan subahat suspek kemudian menghubung­i mangsa dan memaklumka­n mangsa perlu membuat beberapa pembayaran bagi mendapatka­n bungkusan berkenaan.

“Mangsa yang termakan dengan pujukan itu kemudian membuat bayaran berjumlah RM7,700 dan hanya menyedari ditipu selepas tidak menerima bungkusan dijanjikan suspek,”

katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia