Harian Metro

LAMBAK MAINAN UNTUK ANAK

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Terlalu banyak permainan akan mengganggu kanak-kanak untuk kekal fokus

Perlu atau tidak ibu bapa menyediaka­n mainan yang banyak kepada anakanak? Adakah perkara itu mendatangk­an kebaikan atau keburukan dalam proses pembesaran si kecil tersayang.

Persoalan itu sering timbul terutama kepada ibu bapa muda yang baru memiliki cahaya mata, mungkin kerana perasaan kasihan atau terlalu teruja menjadikan mereka memanjakan anak dengan membelikan pelbagai jenis mainan hingga akhirnya memenuhi setiap sudut kediaman.

Adakah tindakan itu tepat atau mungkin boleh mendatangk­an masalah? Hakikatnya ramai ibu bapa secara tidak sedar terlebih membelikan mainan untuk anak-anak.

Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Kuala Kangsar, Perak Hazhari Ismail berkongsi pendapat mengenai isu ini berkata, mainan dan kanak-kanak tidak dapat dipisahkan.

“Lambakan mainan di pasaran memudahkan ibu bapa untuk membeli. Daripada sekecil-kecil saiz, sehingga sebesarbes­arnya, ada sahaja yang dibawa pulang. Adalah sesuatu yang normal jika rumah bersepah dengan mainan atas alasan untuk perkembang­an anak-anak.

“Persoalann­ya, adakah benar memberi terlalu banyak mainan memberikan kesan positif kepada perkembang­an mereka?” katanya.

MAINAN BANYAK VS MAINAN SEDIKIT

Menurutnya, kajian mengenai ‘The Influence of the number of toys in the environmen­t on toddlers’ play’ mendapati mainan yang ‘disisihkan’ akan mengurangk­an kualiti waktu bermain dan mainan yang sedikit mampu meningkatk­an fokus, perhatian juga kreativiti.

Apabila kanak-kanak mempunyai pilihan mainan yang sedikit, mereka akan bermain dengan setiap mainan dalam tempoh lebih lama dan lebih banyak interaksi.

“Ia termasuk akal mereka yang terus berkembang untuk berimagina­si dan berpurapur­a bermain, ekspresi diri, kemahiran motor dan koordinasi juga menyelesai­kan masalah,” katanya.

Tambah Hazhari, adakah perlu membuang mainan yang berlambak itu? Jawapan tidak kerana membazir itu juga tidak elok.

“Ibu bapa boleh berikan mainan secara berkala. Buat kumpulan mainan itu dan berikan berperingk­at. Saya melihat kesan kepada perkembang­an kanak-kanak. Banyaknya mainan tidak membantu perkembang­annya. Kadangkala kanak-kanak akan belajar banyak perkara dalam sumber yang terhad,” katanya.

KELEBIHAN JUMLAH MAINAN YANG SEDIKIT:

Menjadi lebih kreatif Ada kajian yang dijalankan di nurseri di Munich yang mengeluark­an mainan dari premis. Pada peringkat awal, kanak-kanak akan menjadi bosan, tetapi lama-kelamaan mereka menggunaka­n barang asas atau sumber dari persekitar­an untuk mencipta permainan dan mempunyai imaginasi tinggi untuk bermain!

Memanjangk­an tempoh tumpuan

Terlalu banyak mainan akan mengganggu kanakkanak untuk kekal fokus. Contohnya, jika permainan itu memerlukan kemahiran menyelesai­kan masalah, mereka akan berpindah kepada mainan yang lain jika gagal menyelesai­kan masalah kerana ada pilihan yang lebih mudah. Oleh itu, kemahiran menyelesai­kan masalah yang diinginkan itu tidak menjadi.

Kemahiran bersosial menjadi lebih baik

Dalam perkembang­an sosial, bukan sematamata bagaimana kita tahu berkomunik­asi dengan orang sekeliling, tetapi kanak-kanak perlu belajar cara mengekalka­n hubungan dengan kawan-kawan dalam tempoh yang panjang. Ia secara tidak langsung mengasah kemahiran berinterak­si. Mereka akan belajar menghargai orang sekeliling.

Menjaga barang

Ini perkara penting. Kita nampak kanakkanak menyepahka­n mainan sebab terlalu banyak. Mereka tidak belajar untuk menjaga dan menghargai barang sendiri. Untuk membina dan mengajar tanggungja­wab kepada kanak-kanak, ia perlu dimulakan dengan yang sedikit dan akan berkembang.

Belajar berkongsi

Jika ada mainan yang sedikit, pada peringkat awal mungkin berlaku perebutan dan pergaduhan antara kanak-kanak sebaya di taska, tadika atau adik-beradik di rumah. Namun, ‘pergaduhan’ itu perlu berlaku untuk membina sifat toleransi, kerjasama dan berkongsi.

 ??  ?? JANGAN terlalu mengikut setiap apa yang dimahukan anak.
JANGAN terlalu mengikut setiap apa yang dimahukan anak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia