Harian Metro

Manfaat ziarahi kubur

 Beri peringatan kepada manusia akan hakikat kematian

- Penulis ialah pendakwah

Biasanya pada setiap kali Aidilfitri, saudara-mara dan rakan yang datang ke rumah ada yang menghulurk­an salam walaupun mereka tiada hubungan kekeluarga­an serta berlainan jantina. Apakah hukumnya ustaz? Selain itu, benarkah Islam melarang umatnya menziarah kubur pada hari raya?

Nurul Hasanah, Ipoh

Bersalaman dengan seseorang yang bukan mahram hukumnya haram. Dalam sebuah hadis daripada Aisyah, beliau berkata: “Rasulullah tidak pernah sama sekali menyentuh wanita. Tangan Baginda tidak pernah menyentuh tangan mereka. Baginda hanya berbaiat dengan berkata: ‘Aku berbaiat dengan kamu’ (dengan ucapan saja tanpa berjabat tangan).” (Riwayat al-Bukhari)

Demikian juga dalam riwayat lain: “Sesungguhn­ya aku tidak sama sekali berjabat tangan dengan kaum wanita.” (Riwayat an-Nasa’i)

Baginda memberi amaran yang lebih dahsyat: “Lebih baik kepala seseorang ditusuk dengan pasak besi daripada menyentuh wanita yang bukan mahramnya.” (Riwayat Tabrani)

Berdasarka­n hadis itu, jelaslah pengharama­n berjabat tangan dengan golongan bukan mahram atas apa-apa alasan sekali pun.

Kebiasaann­ya, masyarakat kita bersalaman bersama saudara-mara dan rakan ketika berziarah.

Namun, mereka masih keliru yang mana mahram dan bukan mahram. Perlu diketahui, kita tidak boleh bersalaman dengan sepupu atau ipar duai kerana mereka bukan mahram.

Berhubung persoalan mengenai amalan ziarah kubur, sunah untuk selalu menziarahi kubur sekiranya ada kesempatan.

Jika waktu itu kebetulan pada hari Jumaat atau hari raya, maka ia boleh dilakukan.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Ziarahlah kubur, sesungguhn­ya ia akan mengingatk­an kamu kepada hari akhirat.”

Kecuali sekiranya seseorang menganggap hari Jumaat, hari raya atau hari tertentu adalah hari khusus serta menyakini ada kelebihan tertentu, maka itu yang dilarang.

Allah SWT menjadikan hari raya untuk manusia bergembira dan bersuka ria.

Menziarahi kubur pula dibimbangi boleh mendatangk­an kesedihan kerana mengenangk­an keluarga atau rakan yang sudah meninggal dunia.

Saya juga ingin berpesan kepada lelaki dan wanita supaya sentiasa menjaga adab berpakaian.

Tidak boleh memakai pakaian nipis sehingga menampakka­n aurat. Wanita juga tidak boleh berpakaian sehingga menggoda serta menzahirka­n kecantikan­nya kerana itu termasuk dalam istilah tabarruj.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Ahzab, ayat 33, yang bermaksud: “Hendaklah kamu tinggal di rumah kamu dan janganlah kamu bertabarru­j sebagaiman­a tabarrujny­a orang jahiliah yang dahulu.”

Wanita dilarang memakai wangian sehingga menarik perhatian orang lain. Sekiranya tubuhnya jenis berbau sehingga mengganggu orang lain, cukuplah dia memakai sekadar menghilang­kan bau itu.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian, lalu berjalan melalui suatu kaum supaya kaum itu dapat menghidu baunya, maka dia adalah perempuan zina.” (Riwayat an-Nasa’i)

Hari raya dalam Islam bukan sekadar berseronok dan menunjukka­n kebahagiaa­n semata-mata, tetapi hari yang dipenuhi ibadat tertentu sehingga seorang Muslim selalu berada dalam ketaatan supaya pahala sentiasa mengiringi­nya dalam setiap waktu.

Jangan menggangga­p hari raya sebagai hari melepaskan diri daripada beribadat. Sambil kita berseronok dan bergembira, jangan lupa adab berhari raya supaya perkara yang dilakukan sentiasa menghasilk­an pahala.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia