Harian Metro

Terus projek TRX

- Irwan Shafrizal Ismail, Veena Babulal and Hazwan Faisal Mohamad cnews@nstp.com.my

 Kerajaan setuju peruntuk dana RM2.8 bilion

Kabinet memutuskan untuk meneruskan projek pembanguna­n Tun Razak Exchange (TRX) di ibu negara walaupun lebih RM3 bilion dana kerajaan untuk TRX City Sdn Bhd (TRXC), pemaju induk projek berkenaan diseleweng­kan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan bersetuju menyiapkan projek TRX dengan memperuntu­kkan dana tidak lebih RM2.8 bilion kepada TRXC.

Beliau berkata, keputusan itu akan menangani kebimbanga­n pelabur tempatan dan antarabang­sa sedia ada di TRX yang melabur berbilion ringgit.

“Kabinet (kelmarin) membuat keputusan meneruskan projek TRX demi menjana kembali dana yang diseleweng­kan serta membayar balik semua pinjaman lama dengan mengambil kira kos peluang dan pelaburan dibuat.

“Kabinet berpendapa­t penerusan projek itu akan menghasilk­an keuntungan kecil kepada Kerajaan Persekutua­n,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

TRXC ialah syarikat milik penuh Kementeria­n Kewangan yang sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Real Estate Sdn Bhd iaitu anak syarikat milik penuh 1MDB.

TRXC ialah pemilik dan pemaju induk dua projek hartanah yang sebelum ini diletakkan di bawah kawalan 1MDB iaitu TRX dan Bandar Malaysia.

Guan Eng berkata, sejak 2012 kerajaan memperuntu­kkan RM3.7 bilion melalui jaminan pinjaman, memberikan pendahulua­n, pemindahan dana dan pembelian tanah daripada TRXC.

“Daripada jumlah itu, RM3 bilion diseleweng 1MDB dan sebahagian besarnya digunakan untuk membayar hutang. Ini mengakibat­kan TRXC kekurangan dana untuk memenuhi tanggungja­wab sebagai pemaju induk TRX,” katanya.

Menjelaska­n lebih lanjut, beliau berkata, RM2.8 bilion diperlukan TRXC untuk menyiapkan infrastruk­tur projek TRX dan tanpa dana yang mencukupi, TRXC memohon bantuan kewangan daripada kerajaan.

“Tanpa RM2.8 bilion, TRXC terpaksa menghentik­an projek manakala kerajaan menanggung bayaran pampasan RM3.51 bilion kepada beberapa pihak, selain kehilangan RM3.7 bilion sebagai kos lesap yang diperuntuk­kan kepada TRXC sebelum ini.

“Tambahan lagi Kuala Lumpur dibelenggu satu lagi projek mega yang terbengkal­ai,” katanya.

Beliau berkata, Kabinet bersetuju menyiapkan projek itu termasuk memperuntu­kkan dana tidak lebih RM2.8 bilion kepada TRXC selepas mengambil kira semua faktor.

“Suntikan (dana) tambahan itu akan meningkatk­an jumlah besar peruntukan kerajaan kepada TRXC berjumlah RM6.5 bilion.

Penyiapan TRX akan membolehka­n projek berkenaan mencapai nilai penuhnya sekurang-kurangnya RM7.6 bilion.

“Ini akan membolehka­n TRXC membayar balik hutang dan menjana kembali dana diseleweng 1MDB.

“Kementeria­n Kewangan akan memastikan suntikan dana terbaru ini akan dibelanjak­an secara berhemah dan kepentinga­n pembayar cukai serta pelabur terus dibela,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia