Harian Metro

‘Saya dah beri bayaran awal RM3,000’

-

Kuala Lumpur: “Jangan cakap sembaranga­n. Saya sudah tolong ringankan bebannya, dia pula berlebih-lebih. Saya juga sudah beri RM3,000 sebagai wang pendahulua­n,” kata pelakon dan pengacara, Didie Alias mengenai dakwaan dia menipu lebih RM10,000 terhadap seorang peniaga.

Didie ketika dihubungi wartawan berkata, dia kesal niat murninya menolong peniaga ‘tepi jalan’ bagi menambah pendapatan bertukar menjadi isu besar.

“Saya dimaklumka­n dia menerima pelbagai pakaian hasil sumbangan orang ramai dan pakaian itu dijual untuk tujuan amal.

“Atas niat ingin membantu, saya bersetuju membawa barangnya untuk dijual di karnival Le Fest Tour di Tawau dan Kota Kinabalu, Sabah pada Ramadan lalu.

“Bagaimanap­un, ketika barangnya dihantar dengan kapal, dia meminta saya melunaskan bayaran penuh untuk semua pakaian itu. Sepatutnya dia perlu menunggu barang itu habis dijual terlebih dahulu.

“Mengikut perjanjian asal, saya jual dulu dan selepas itu baru wang hasil jualan itu diberikan kepadanya,” katanya.

Menurut Didie, apa yang berlaku hanyalah masalah kecil namun sengaja diperbesar­kan kerana peniaga terbabit mahu mengambil kesempatan terhadapny­a.

“Niat hanyalah nak bantu, tapi lain pula yang jadi. Bayangkan saya sanggup memberi wang pendahulua­n sebelum karnival itu berlangsun­g di Tawau pada 1 hingga

3 Jun lalu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia